Boom! Malaysia
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Rock n Roll ‘Tak Masuk Akal’, 53,000 Enjoy Konsert Muse Will Of The People World Tour 2023!

02/08/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Concert
Rock n Roll ‘Tak Masuk Akal’, 53,000 Enjoy Konsert Muse Will Of The People World Tour 2023!

Follow:

Facebook Twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Sebaik sahaja MUSE melangkah masuk ke pentas, sorotan mata penonton tertumpu kepada lampu, laser, strob dan latar belakang memaparkan wajah bertopeng 3D gergasi yang bergerak ke kanan dan kiri seperti sedang memerhati ke arah ‘crowd’.

Meremang! Itu belum lagi api marak yang dinyalakan agak kerap di pentas mengiringi persembahan MUSE dan ya, menambah kehangatan malam ‘Musers’ pada Konsert Muse Will Of The People World Tour 2023, Sabtu lalu.

Tidak cukup dengan itu, penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil dimandikan pula dengan pancuran konfeti, kejutan demi kejutan diberikan sehingga semua terlupa konsert bermula lewat.

Sepatutnya konsert dijadualkan bermula pada jam 8.30 malam namun disebabkan beberapa masalah luar duga, kumpulan berasal dari Devon, England yang dianggotai oleh Matt Bellamy (vokalis dan gitaris utama), Chris Wolstenholme (bass) dan Dominic Howard (drum) bermula pada 9.25 malam.

Konsert yang dianjurkan oleh Hello Universe itu membuka tirai dengan lagu baharu mereka, Will of The People dan MUSE muncul dengan memakai topeng muka ikonik mereka.

Mesej diterjemah menerusi persembahan pembukaan sampai, iaitu MUSE berkongsi rasa tentang kesukaran ketika dunia diserang pandemik menepati tema ‘kegelapan’ yang dibawakan pada malam tersebut.

Dan sudah tentu seleksi lagu popular MUSE pada malam tersebut antaranya Hysteria, Psycho, Thought Contagion, Won’t Stand Down, Kill or Be Killed, Compliance, Time Is Running Out, Uprising, Supermassive Black Hole dan Starlight tidak menghampakan 53,000 peminat yang hadir.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BOOM! (@boom.malaysia)

Persembahan bertenaga MUSE konsisten sepanjang hampir dua jam konsert berlangsung dan wajar diberikan pujian. Penggunaan pentas yang tidak disia-siakan, memang puas hati. Pendek kata, penonton yang hadir pulang dengan senyuman walaupun ada lagu yang terpaksa digugurkan daripada senarai.

Pada malam konsert, Matt berulang kali menzahirkan ucapan terima kasih sebagai tanda apresiasi buat peminat yang hadir menyaksikan konsert mereka.

“Terima kasih Kuala Lumpur…Anda menunggu 16 tahun, kami harap selepas ini tidak perlu lagi menunggu lama,” katanya disambut sorakan peminat.

MUSE terus menggila dengan persembahan rock n roll ‘tidak masuk akal’ dengan lagu-lagu lain seperti Madness, Plug In Baby, You Make Me Feel Like It’s Halloween, Behold dan The Glove.

Malaysia menjadi satu-satunya persinggahan MUSE mengadakan konsert siri jelajah terbaru mereka itu, bersempena album kesembilannya yang berjudul Will Of The People.

Ini kali kedua MUSE mengadakan konsert di negara ini selepas persembahan pertama di Stadium Negara pada 2007.

Kali terakhir Muse mengadakan persembahan di Asia pada 2019 menerusi acara Singapore Grand Prix yang juga sebahagian dari jelajah Konsert Simulation Theory.

Konsert kali ini juga adalah siri jelajah dunia pertama Muse selepas pandemik COVID-19 melanda dunia pada 2019. – BOOM!

Previous Post

Amelia Henderson Dibenar Tangguh Bayaran RM200,000 Kepada A.Aida Production

Next Post

[V] Amelia Henderson Sebak, Nekad Lawan Demi Pertahan Nama Baik

10 Pempengaruh Dunia Masakan

Undi Sekarang! 👇

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Hari Ini

  • “Rindu Keluarga Di Kampung, Daler Yusuf Pulang Ke Uzbekistan – “Kalaulah Mereka Hidup…”

    “Rindu Keluarga Di Kampung, Daler Yusuf Pulang Ke Uzbekistan – “Kalaulah Mereka Hidup…”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Apabila Si Suami Tak Hargai Isteri… ” – Di Sisi Along Exist, Izmir Fareez Bercerita Dalam Maaf

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hos Dan Pelawak Solo, Hilmy Ashley Sempat Minta Nasihat Shuk Sebelum Cerai Isteri Bosnia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Siapa Yang Nak Bekerja Percuma?” – Hatta Harap Isu Bayaran Model KLFW Dapat Diselesaikan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mathni Razak Enggan Cipta Kontroversi, Berlakon Adegan Panas Untuk Popular

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Syafeek Ikhwan Bengang Dikaitkan Dengan Gosip Liar – “Macam Saya Tak Ada Maruah!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Gitaris Kumpulan Rock Popular Lalok Bersama Adik, Dipercayai Turut Edar Ganja

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dikecam Gara-gara Gelang Ajaib, Gantung CD Di Leher, AC Mizal Tak Pernah Putus Asa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Teringin Jadi Hos” – Silfeny Osman Mahu Teroka Cabang Seni

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Mahu Diberikan Lebih Perhatian” – Rintih Arill Fesol Kepada Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • “Kalau Lawan Pun Saya Kalah” – Nishman Tiada Niat Tunjuk Taring

    “Kalau Lawan Pun Saya Kalah” – Nishman Tiada Niat Tunjuk Taring

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Rindu Keluarga Di Kampung, Daler Yusuf Pulang Ke Uzbekistan – “Kalaulah Mereka Hidup…”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pengikut Terkejut Ning Baizura Kongsi Gambar Bogel Di FB Story – “Itu Bukan Saya Punya!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Saiful Kini Dikenali Sebagai Saifulina, Bekas Peserta Malaysian Idol Cetus Kontroversi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Gitaris Kumpulan Rock Popular Lalok Bersama Adik, Dipercayai Turut Edar Ganja

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ingat Senang Ke Nak Buat Seks?” – Jasmine Suraya Alami Kesukaran Beraksi Di Ranjang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Berat Saya Naik Hingga 70 KG” – Demi Watak Zafran, Fizikal Talha Harith Berubah 360 Darjah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Depa Baik… Senang Nak Menangis” – Kepetahan Aiman Badrul Curi Tumpuan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Mahu Diberikan Lebih Perhatian” – Rintih Arill Fesol Kepada Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Kalau Lawan Pun Saya Kalah” – Nishman Tiada Niat Tunjuk Taring

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Qanda Buat ‘Come Back’, Gigih Berusaha Walau Tiada Permintaan” – Edaman Othman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ingat Senang Ke Nak Buat Seks?” – Jasmine Suraya Alami Kesukaran Beraksi Di Ranjang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Itu Bukan Saya!” – Ramai Yang Keliru Antara Personaliti Siti Khadijah Dengan Siti Hariesa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Mahu Diberikan Lebih Perhatian” – Rintih Arill Fesol Kepada Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Terlalu Seksi, Kostum Leona Sempena Halloween Dikecam – “Tema Hantu Porn Star Ke?”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Penyanyi Rock Lelaki Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Kini ‘Single’ Tapi Tak ‘Available’…” – Nadia Annuar Bercerai Kali Kedua

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pengikut Terkejut Ning Baizura Kongsi Gambar Bogel Di FB Story – “Itu Bukan Saya Punya!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

All Rights Reserved © 2024 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English

All Rights Reserved © 2024 KRU Media Sdn Bhd