Penyanyi rap Yonnyboii kini bergelar bapa selepas isterinya Nik Nazira Narriman selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Rabu.
Berita gembira itu dikongsikan Yonny menerusi hantaran di Instagram hari ini.
Menerusi hantaran tersebut Yonny mengucapkan rasa syukur di atas kelahiran cahaya mata sulungnya itu, tambahan lagi pada hari Awal Muharram.
Pada perkongsian yang sama, pelantun lagu Sakit itu memanggil namanya anaknya Baby Kai.
“Alhamdulillah, Awal Muharram semalam (Rabu) putera saya baby Kai telah pun selamat dilahirkan,” kongsinya.
Beberapa jam sebelum bersalin, isteri Yonny sempat menemani suaminya menghadiri majlis tayangan filem Barbie.
Yonny dan Nazira mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021. – BOOM!