Pelantun lagu Terlalu Rindu iaitu Eleena Harris akhirnya akur membuat pengakuan bahawa dia kini sedang hamil bayi sulung.
Berkahwin dengan perunding teknologi maklumat, Muhammad Abbas Shafiq, 27, pada 10 Oktober 2020, penyanyi berkenaan berkongsi momen gembira tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.
“Ikutkan hati, saya nak rahsiakan hal ini selama yang boleh.
“Tapi baby dalam perut ni makin membesar, tak mampu dah nak sorok.
“Jadi, terpaksalah akur mengakui saya akan bersalin anak pertama kami tak lama lagi,” akuinya kepada umum.
Melalui entri sama, Eleena atau nama penuhnya Wan Eleena Wan Harris, 26, turut memuat naik video detik dia memberitahu khabar baik tersebut kepada suami.
“Tahniah Abbas, bakal jadi daddy soon, insya-Allah,” tuturnya memaklumkan berita dinanti-nantikan setiap pasangan suami isteri. – BOOM!