Vokalis kumpulan Floor88, Ayie Elham menzahirkan rasa syukur dan teruja selepas dikurniakan seorang bayi perempuan pada Jumaat.
Isterinya, Tasha Awie selamat bersalin puteri sulung mereka itu di sebuah pusat perubatan di Setapak, Kuala Lumpur.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah, 25, menerusi laman Instagram miliknya.
“Assalamulaikum guys, Alhamdulillah, isteri saya baru selesai bersalin.
“Setakat ini, itu sahaja yang boleh dikongsikan, apa-apa saya akan update,” kata Ayie menerusi perkongsian videonya.
Belum lagi berkongsikan nama puterinya, Ayie bagaimanapun telah mewujudkan satu akaun Instagram untuk anak sulung berkenaan iaitu @aetajunior.
Setakat ini, akaun tersebut telah pun mengumpul pengikut seramai 11,000 orang.
Ayie dan Tasha, 23, mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober tahun lalu di Ukay Perdana, Ampang, Selangor. – BOOM!