Pelakon Datuk Aaron Aziz tampil menjernihkan suasana selepas dituduh melukis tatu seolah-olah menyerupai bentuk salib pada bahagian lehernya.
Menurutnya, imej tersebut sebenarnya adalah pisau belati dan bukannya salib seperti sangkaan segelintir pihak.
“Itu bukan salib, itu dagger (pisau belati). Kau ingat aku kafir ke apa? Semua dagger mestilah ada batang pemegang.
“Lainlah kalau aku guna pisau (mentega) yang buat sapu jem atau peanut butter tu. Itu bukan salib,” katanya.
Pelakon Ombak Rindu itu turut memohon agar orang ramai tidak memandai-mandai membuat andaian sendiri selain elakkan sikap berprasangka buruk terhadap seseorang.
“Cubalah buka minda. Husnuzon sikit,” tambah Aaron mengakhiri tulisannya. – BOOM!