Usahawan kecantikan, Nur Sajat sememangnya aktif di media sosial biarpun kini sudah jauh merantau memulakan kehidupan baharu di Australia.
Terbaharu, Sajat menerusi perkongsian video menerangkan, dia yakin akan meninggal dunia sebagai wanita bagi memberi respons terhadap kenyataan netizen yang mengatakan dia tetap akan mati sebagai lelaki.
“Semua dah tahu saya perempuan, bukan kebumi dekat Malaysia, tetapi Australia. Kau ni cakap macam aku tak boleh fikir.
“Sajat dah duduk Australia, dia memang orang sana, buka bisnes di sana, takkan mati nak hantar balik Malaysia? Memang tak lah!
“Mati aku perempuan. Registered as female. So, nak cakap apa? Move- on lah hidup kau ni, terima sajalah,” katanya.
Untuk info, Sajat kini menetap di Perth, Australia sejak setahun lalu. – BOOM!