Peminat tempatan meluahkan rasa terkejut selepas mereka menonton trailer filem Pulau yang baru sahaja dilancarkan beberapa hari lalu.
Filem tersebut dibintangi barisan pelakon popular seperti Alif Satar, Amelia Henderson, Namron, Ikmal Amry, Sabronzo, Mark O’dea, Sanjna Suri, Ms Pui Yi, Harris Annuar dan Wan Hanafi Su.
Namun, rata-rata netizen tidak keruan menonton trailer filem terbitan Web TV Asia itu memandangkan terdapat adegan panas antara lelaki dan wanita yang disifatkan ‘berani mati’.
@boom.malaysia “Let me show you a magic trick” Wow cerita melayu ni, macam mana boleh lepas? #trending #viral #boommalaysia #horrormovie #pulau #filemmelayu #finas #lpf #ikmalamry #alifsatar #puiyi #ameliahenderson #artismalaysia #kontroversi #hangat #panas #fyp #foryoupage ♬ original sound – Boom! Malaysia
Netizen turut mempersoalkan bagaimana filem ini mampu melepasi Lembaga Penapis Filem (LPF) sedangkan ada filem besar Hollywood seperti ‘Thor: Love and Thunder’ tidak lepas tayangan di Malaysia.
Malah ada juga netizen yang seakan-akan tidak percaya melihat Alif Satar sanggup berlakon filem seperti itu.
Di sebalik kecaman yang diterima, ada juga netizen yang tidak sabar untuk menonton filem yang dijadualkan menjengah pawagam pada 9 Mac ini. – BOOM!