Menghitung hari bakal memasuki kem latihan tentera, anggota BTS iaitu V dan Jungkook sempat mengucapkan selamat tinggal buat peminat mereka.
Kedua-dua penyanyi itu turut berkongsi penampilan baharu mereka yang berambut pendek.
Apa yang mencuri perhatian peminat apabila kedua-dua pemuzik itu tidak berbaju dalam perkongsian tersebut sehingga menampakkan dada mereka yang bidang.

Foto yang dikongsikan itu merupakan panggilan video antara Jungkook dan V sambil mengucapkan kata-kata perpisahan kepada peminat sebelum bersatu kembali pada 2025 kelak.
“Abang pergi dulu, selamat mendaftar,” kata mereka kepada peminat.
Selain Jungkook dan V, dua anggota lain iaitu J-Hope dan Suga sudah pun menyertai latihan ketenteraan mereka. – BOOM!
Sumber: KOSMO!







![[VIDEO] Dapat Bunga Telur Unik Di Majlis Kahwin Tentera, Imran Ajmain Kongsi Cerita](https://kru-group.com/boomv3/wp-content/uploads/2022/09/C62E26CF-99E5-4EFC-88C4-701EA034FB71-350x250.jpeg)


