Sekual filem adiwira The Marvels tidak mencapai kutipan memberangsangkan selepas empat minggu ditayangkan di pawagam.
Sejak dilancarkan pada 10 November lalu, filem berkenaan hanya mengaut keuntungan AS$80 juta (RM373 juta) di Amerika Syarikat dan AS$197 juta (RM918 juta) di seluruh dunia.
Angka berkenaan sekaligus menjadikan filem berkenaaan dengan kutipan terendah dalam sejarah Maravel Cinematic Universe (MCU).
Cubaan menampilkan pelakon popular Korea Selatan iaitu Park Seo Joon, ia tidak memberi apa-apa kesan positif kepada filem tersebut.
Malah ramai meluahkan rasa tertipu apabila Seo Joon hanya muncul selama dua minit menerusi hanya satu babak.
The Marvels menampilkan barisan pelakon seperti Brie Larson, Iman Vellani, Zawe Ashton, Teyonah Parris, Jude Law dan Samuel L. Jackson.
Untuk rekod, kos produksi filem tersebut dianggarkan mencecah AS$219.8 juta (RM1.02 bilion). – BOOM!
Sumber: MSTAR