Pelakon, penyanyi dan usahawan, Fazura enggan memilih jalan singkat bagi melariskan produk jualannya melalui gimik pemasaran.
Sebaliknya kata Fazura, usaha yang dilakukannya sentiasa berpaksikan nawaitu, agar rezeki hadir kerana aturan Allah SWT.
“Rezeki Allah sentiasa ada. Alhamdulillah, Faz (Fazura) tak pernah buat gimik untuk lariskan produk.
“Tetapi jika ditakdirkan ada rezeki yang hadir, Faz bersyukur sebab tidak perlu buat perkara-perkara merapu.
“Memang Faz percaya sebelum berbuat sesuatu, pastikan dulu apa niat sebenar supaya kerja dapat dilakukan dengan ikhlas,” tuturnya.
Isteri Fattah Amin itu juga bertegas dia sentiasa mengelak budaya cuba menjatuhkan perniagaan orang lain kerana hasad dengki.
Baginya, dia mengelak perkara negatif kerana tidak mahu sesuatu yang buruk menimpa perniagaan diusahakannya.
“Kalau buat untuk viral, popular atau nak bersaing dengan jenama lain tetapi niat tak elok pasti seseorag itu akan menemui kegagalan.
“Jika mahu kekayaan datang sendiri kerana Allah, bersihkan dulu niat sebelum buat apa-apa, insya-Allah, akan dipermudahkan-Nya,” katanya. – BOOM!