Penganjur acara berskala besar, PR Worldwide memaklumkan konsert Justin Bieber: Justice World Tour masih diteruskan seperti mana yang dijadualkan bagi negara di Asia.
Menerusi kenyataan dikeluarkan agensi tersebut, mereka menghormati keputusan Justin untuk berehat seketika sebelum meneruskan siri jelajah seterusnya.
“Kami sedia maklum Justin mengambil keputusan untuk berehat buat masa ini daripada meneruskan konsert jelajah.
ARTIKEL BERKAITAN: Justin Bieber Makin Pulih, Bakal Sambung Konsert Jelajah Termasuk Di Bukit Jalil
“Oleh itu kami mendoakan semoga Justin cepat sembuh dan hormati keputusannya dalam mengutamakan kesihatan terlebih dahulu.
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 6 Persembahan, Konsert Justin Bieber Ditunda – “Saya Perlu Utamakan Kesihatan”
“Kami juga tidak sabar menunggu Justin kembali beraksi seperti sedia kala termasuklah konsertnya di Asia,” jelas wakil PR Worldwide.
Untuk rekod, Justin yang baru sahaja menjayakan persembahan keenam di Sao Paulo, Brazil sepatutnya akan singgah di Malaysia pada 22 Oktober depan. – BOOM!