Boom! Malaysia
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

NUSA FEST Hangat, Dahsyat! Dua Malam, 13,000 Pengunjung!

17/07/2023
Fiza Kamarudinby Fiza Kamarudin
in Concert
NUSA FEST Hangat, Dahsyat! Dua Malam, 13,000 Pengunjung!

Follow:

Facebook Twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Hangat, dahsyat dua perkataan yang mampu diluahkan penulis selepas dua hari mengunjungi NUSA FEST pada 8 dan 9 Julai lalu di Bandar Malaysia, Kuala Lumpur.

Imbas kembali, NUSA FEST yang dibawakan Shiraz Project adalah julung kali diadakan dan telah menerima 13,000 pengunjung! Dasyat!

Sebanyak 24 penghibur dan pemuzik dari tiga negara iaitu, Malaysia, Indonesia dan Singapura turun menggamatkan NUSA FEST dengan pelbagai jenis genre muzik berbeza seperti rock n roll, indie, metal, rap, reggae, ska dan grunge.

Hari Pertama

Tirai dibuka dengan persembahan White Percussion Unit seawal 2 petang, dengan lagu-lagu hit mereka seperti Lumrah Kehidupan, Sesat, Tiga Penjuru dan Perahu Kayuh.

Diikuti Ras Muhammad, Salammusik, Iqbal M, Kelompok Penerbang Roket, Dipha Barus dan Barasuara.

Ras Muhammad.
Salammusik.

Seterusnya NUSA FEST dihangatkan dengan persembahan pemuzik dari Indonesia iaitu Efek Rumah Kaca, Burgerkill serta Seringai dan penonton tidak berganjak walau hari hujan. Sporting habis!

Di sebelah malam, NUSA FEST digamatkan dengan persembahan dua kumpulan legenda rock tanah air iaitu Search dan Wings.

Wings.

Search yang dibarisi Amy, Man Kidal, Hillary Ang dan Nasir membawa tujuh buah lagu iaitu Diari Habil Dan Qabil, Gothik Malam Edan, Isi Atau Kulit, Rozana, Isabella, Pelesit Kota dan Pawana.

Nami, 17 tahun pemain dram Search pada malam tersebut menjadi perhatian penonton NUSA FEST. Lincah betul betul Nami!

Search.

‘Vibes rock and roll’ diteruskan lagi dengan kumpulan Wings yang memulakan persembahan dengan gitar ‘digoreng’ oleh Edrie Hashim.

Tidak menunggu lama, gema suara Datuk Awie menggamatkan lagi malam itu dengan membawakan 11 lagu popular kumpulan Wings antaranya Romania, Opera Hidup, Bujang Senang, Peronda Jaket Biru dan Sejati.

Datuk Awie, Wings.

Dalam pada itu, Eddie yang baru kematian isteri tetap profesional apabila memberikan komitmen 100 peratus dan outstanding performance, walaupun dalam keadaan berduka. Terima kasih Eddie!

Hari Kedua

Budak Nakal Hujung Simpang, Jemson, Monoloque, Forceparkbois dan Gerhana Ska Cinta memulakan hari kedua NUSA FEST.

Kumpulan duo dari Indonesia Diskoria, tampil dengan lagu Prahara Cinta, Air dan Api, Bisik-Bisik Tetangga mendapat sorakan gamat pengunjung.

Monoloque.

Pusakata dan The Changcuters juga dari Indonesia berjaya membuatkan penonton tidak berganjak kerana persembahan mantap mereka.

Tetapi The Pinholes, kumpulan dari Singapura juga tidak kurang hebatnya tau! Bintang Rock & Roll, Don’t Bother Me, Mira…dan semuanya, mantap gais!

Pada sebelah malam penonton disajikan pula dengan persembahan mantap Kugiran Masdo.

Kugiran Masdo.

Band dari Indonesia, Fourtwnty kemudian mengambil alih pentas dengan menyanyikan lapan buah lagu iaitu Realita, Nematorpha, Hitam Putih, Aku = Kamu, Larasuka, Aku Tenang, Zona Nyaman da Fana Merah Jambu.

Penutup festival Nusafest 2023, Butterfingers sebagai salah satu antara ‘headliner’ yang membawa genre grunge pastinya mengubat hati segenap peminat pada malam itu dengan persembahan 11 buah lagu.

Oh ya! Selain persembahan di panggung utama, NUSA FEST juga menyediakan WARONG NUSA dan PASAR NUSA, sebuah kolaborasi bersama RIUH yang menghimpunkan sebanyak 60 gerai jualan.

Kredit dan pujian WAJIB diberikan kepada Shiraz Projects kerana berjaya membawa festival sebenar dan memanfaatkan Bandar Malaysia sebaiknya, berjaya gemerlapkan sebuah bandar malap. Terbaiklah!

Warung Nusa.
Pasar Nusa.

Terima kasih juga kepada Shiraz Projects kerana menyediakan substage yang memperkenalkan beberapa band lain seperti Kolar Hijau, A.Limin, Motherwhit dan banyak lagi.

Keseluruhannya, kami generasi 80an enjoy teruk, sanggup berhujan, berdiri lebih 5 jam dan jalan jauh dari parkir…Dan ya, berbaloi! – BOOM!

Kredit Foto: SHIRAZ PROJECTS

Previous Post

ABPBH35: DJ Lin Percaya Doa Ibu Antara Kunci Kejayaan

Next Post

[V] Ismahalil Hamzah Menangis, Sujud Syukur Selepas Dibebaskan, Lepas Hukuman Gantung Sampai Mati

10 Pempengaruh Dunia Masakan

Undi Sekarang! 👇

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Hari Ini

  • Puteri Makin Melarat | Kantoi Dadah Lagi | Fazura Dikhianati Rakan | Kamal Adli Diserang

    Puteri Makin Melarat | Kantoi Dadah Lagi | Fazura Dikhianati Rakan | Kamal Adli Diserang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penginapan Artis Filem 3 Hajat Di TTS Staycation Chalet, Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Kami Terlepas Pandang” – Isu Berpakaian Seksi, Dolla Akan Lebih Berhati-hati

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Eyka Farhana Belum Sedia Ubah Penampilan Selepas Umrah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MIG Menang, Hun Haqeem Langgar Kontrak | Emma Tak Melatah Difitnah | Mawar Rashid Fasa Baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Difitnah Lakukan Aktiviti ‘Swinger’, Emma Maembong Tak Melatah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pendedahan Fazura Dikhianati Kawan Sendiri – “Ini Satu Pengajaran Dan Iktibar Buat Saya”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Layan Sebagai Anak Sendiri” – Vicha Barbie Cerewet Pilih Calon Suami, Bukan Sembarangan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Kalau Itu Sebabnya…” – Hazra Dollah Teruskan Legasi Pak Ngah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Difitnah Lakukan Aktiviti ‘Swinger’, Emma Maembong Tak Melatah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Kak KM Pakai Seksi Aku Tak Peduli, Tapi Dia Punya Hargai Mak Dia Tu Memang Aku Jeles!” – Kak KM Dipuji Warganet

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Makin Melarat | Kantoi Dadah Lagi | Fazura Dikhianati Rakan | Kamal Adli Diserang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ingat Senang Ke Nak Buat Seks?” – Jasmine Suraya Alami Kesukaran Beraksi Di Ranjang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Radja, Ella Bakal Sepentas! Tak Sabar Tunggu Konsert November Nanti! – “Rindu Peminat Malaysia…”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Pakai Bra Tak Tu?” – Azira Shafinaz Seakan-akan Berbogel, Pakai Baju Mencolok Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pija Bercerai | Dua Isteri Iman Diceraikan | Teka-Teki Anak Aizat | Wany Dah Nak Kahwin

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rizky Febian, Mahalini Raharja Saling Beri Sokongan – “Kebetulan Sama-sama Lapang”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Kenalkan, Ini Datuk Fairus” – Sheeda Pilih Usahawan Muda Jadi Pasangan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Pakai Bra Tak Tu?” – Azira Shafinaz Seakan-akan Berbogel, Pakai Baju Mencolok Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Masih Belum Terlambat Girl…” – Dek Terlalu Seksi, Sabronzo Teruk Dihambat Kecaman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Difitnah Lakukan Aktiviti ‘Swinger’, Emma Maembong Tak Melatah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Terlalu Seksi, Kostum Leona Sempena Halloween Dikecam – “Tema Hantu Porn Star Ke?”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keputusan Pemenang AJL Paling Kontroversi Sepanjang 35 Kali Pengajuran Di TV3

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Makin Melarat | Kantoi Dadah Lagi | Fazura Dikhianati Rakan | Kamal Adli Diserang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Radja, Ella Bakal Sepentas! Tak Sabar Tunggu Konsert November Nanti! – “Rindu Peminat Malaysia…”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

All Rights Reserved © 2024 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English

All Rights Reserved © 2024 KRU Media Sdn Bhd