Pelakon Michael B. Jordan bernasib baik apabila tidak mengalami sebarang kecederaan selepas mengalami kemalangan jalan raya pada petang Sabtu.
Jordan, 36, dilaporkan melanggar sebuah kenderaan lain sehingga menyebabkan bahagian depan kereta mewah jenama Ferrari mengalami kerosakan teruk.
Kemalangan tersebut berlaku di persimpangan Sunset Boulevard dan Beachwood Drive, Los Angeles.
Jurucakap Jabatan Polis Los Angeles juga mengesahkan kejadian itu namun tiada sebarang tangkapan dilakukan.
Ini kerana tiada bukti mengatakan Michael memandu dalam keadaan laju sehingga menyebabkan kemalangan.
Sebelum ini, muncul dakwaan mengatakan Jordan mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan itu kerana tidak menghadiri acara Academy Museum Gala sehari selepas kejadian. – BOOM!
Sumber: MSTAR