Siapa sangka, penyampai radio yang baru setahun jagung dalam dunia penyiaran seperti Khairy Jamaluddin atau KJ, 48, kini berjaya berada di antara 10 calon undian tertinggi bagi kategori Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36.
Bekas pemimpin yang memulakan karier radio di konti Hot FM pada Februari tahun lalu ini tidak mengambil masa lama untuk memikat hati pendengar.
Dengan gaya bersahajanya, KJ berjaya menghiburkan peminat setiap kali bersiaran.
Karisma dan pengalaman sebagai tokoh politik jelas terserlah, terutama apabila beliau mengupas isu-isu serius menerusi slot popularnya, Bekpes Hot.
Walaupun masih hijau dalam dunia penyiaran radio, kehadiran KJ dalam kategori ini cukup mengagumkan, bersaing dengan penyampai berpengalaman seperti DJ Lin, Radin, dan juara tahun lalu, Tyzo Xander.
Sumber: Harian Metro