Boom! Malaysia
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Kenapa Tidak? Barulah Meriah!” – Riang Ria Lebaran Kumpulkan 7 Sekawan

24/04/2022
Syarrizuan Rashidby Syarrizuan Rashid
in Celebrity, Extra, Music
“Kenapa Tidak? Barulah Meriah!” – Riang Ria Lebaran Kumpulkan 7 Sekawan

Follow:

Facebook Twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Tahun ini, lagu raya baharu dendangan artis tempatan kembali rancak dilancarkan selepas lebih dua tahun negara berhadapan cabaran pandemik Covid-19 yang menyaksikan pelbagai kawalan dan kekangan dilaksanakan.

Tidak mahu ketinggalan menceriakan sambutan Syawal kali ini, Ayu Damit tampil dengan single berjudul Riang Ria Lebaran ciptaan KD Records dan lirik oleh KD Records dan Ayu sendiri.

Turut menyumbang suara di dalam lagu ini ialah Bob Yusof, Syura, Asmidar, Shah Eranz, Aruel Ariel dan Fitri Hiswady

Menurut Ayu atau nama sebenarnya, Norayu Damit, 33, idea Riang Ria Lebaran tercetus selepas mengenangkan keterbatasan umat Islam khususnya untuk menyambut lebaran susulan pandemik.

“Awalnya rancang untuk menyanyikan lagu ini secara berpasangan, dua lelaki dan dua perempuan. Bagaimanapun bila saya nyatakan hasrat untuk buat lagu raya, kawan-kawan lain pun berminat.

“Jadi apabila melihat kepada reaksi baik mereka, saya ambil keputusan untuk bawakan lagu itu beramai-ramai. Mengapa tidak kan?

“Barulah nampak meriah. Kiranya ia imbau memori lagu-lagu raya era 2000 dulu yang tampilkan ramai penyanyi dalam sesebuah naskhah.

“Komitmen yang diberikan semua sangat baik dan proses menyiapkan lagu ini hanya ambil masa seminggu sahaja. Penggambaran video muzik dilakukan di kediaman pengasas Jamu Mak Dara, SM Gadaffi Syed Ali atau Habib di Beverly Height, Kuala Lumpur dari jam 12 tengahari hingga 1 pagi keesokan harinya.

“Alhamdulillah dipermudahkan. Masing-masing saling membantu dan curah idea demi memastikan lagu ini menjadi seperti mana yang diharapkan. Riang Ria Lebaran juga mendapat sokongan daripada FMC Music,” katanya.

7 artis digabungkan dalam Riang Ria Lebaran

Ayu berkata demikian ketika ditemui di Pak John Steamboat & BBQ Buffet IOI City Mall, Putrajaya pada Khamis.

Ditanya sama ada Ayu sanggup berhabis demi lagu raya ketiganya itu, ibu kepada tiga cahaya ini meletakkan kepuasan sebagai keutamaan di dalam berkarya.

“Bagi saya apa yang mustahak, kita puas hati. Itu sudah memadai. Sebab kalau melihat kepada kesungguhan kawan-kawan dalam memberikan komitmen, saya rasa terharu. Nak buat ‘cincai’ tak boleh juga.

“Projek ini tak akan berjalan kalau seorang. Ia hasil kerja sepasukan. Bayangkanlah dalam lagu ini pun, kita ada tiga guru vokal iaitu Bob, Aruel dan Fitri. Begitu juga dengan Asmidar, Syura dan Eranz yang kita sudah sedia tahu kualiti vokalnya. Adanya mereka saya kira ia melengkapi,” katanya lagi.

Muzik video Riang Ria Lebaran boleh ditonton di saluran youtube FMC Music bermula 21 April jam 8 malam dan lagu ini boleh didapati di semua platform digital mulai 22 April 2022. – BOOM!

Previous Post

“Saya Tak Pernah Rancang Nak Rujuk” – Fizi Berbincang Dengan Shakilla Hanya Soal Anak

Next Post

“Saya Memang Takut Bini” – Elak Syak Wasangka, Mawi Sentiasa Jujur Dengan Isteri

10 Pempengaruh Dunia Masakan

Undi Sekarang! 👇

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Hari Ini

  • Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Masih Belum Terlambat Girl…” – Dek Terlalu Seksi, Sabronzo Teruk Dihambat Kecaman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pemain Dram Blues Gang, Shaik Karim Meninggal Dunia Selepas Koma Empat Hari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Gosokan Di Alat Sulit | Aman Ra Nikah Lagi | Neelofa Tersinggung | Atta Diraba Rizky

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Gian Menunggang, Zizi Kirana Tolak Barang Mewah, Minta Suami Belikan Kuda Baka Arab

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keputusan Pemenang AJL Paling Kontroversi Sepanjang 35 Kali Pengajuran Di TV3

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dek Pertahankan Maruah Ibu Dirogol Jiran, Remaja Berdepan Hukuman Penjara 13 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Dapat Bunga Telur Unik Di Majlis Kahwin Tentera, Imran Ajmain Kongsi Cerita

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Kesian, Sangap Teruk Dia Ni!” – Ajak Baby Shima ‘Main’, Lelaki Hantar Mesej Gangguan Seksual

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Ini Kenangan Saya Di Luar Negara” – Danial Bogers Tampilkan Debut Bahasa Inggeris

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Kesian, Sangap Teruk Dia Ni!” – Ajak Baby Shima ‘Main’, Lelaki Hantar Mesej Gangguan Seksual

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Dapat Bunga Telur Unik Di Majlis Kahwin Tentera, Imran Ajmain Kongsi Cerita

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Pakai Bra Tak Tu?” – Azira Shafinaz Seakan-akan Berbogel, Pakai Baju Mencolok Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Along Gelakkan Saja” – Menari Di Bigo, Ramai Anggap Amelina Amir Pondan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Gitaris Kumpulan Rock Popular Lalok Bersama Adik, Dipercayai Turut Edar Ganja

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Caprice Tempelak Gadis Melayu Tulis Novel Lucah – “Macam Mana Buku Ni Boleh Dijual?”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ini Petunjuk-Nya” – Faizal Ismail Tergerak Hati Buka Pusat Tahfiz Buat Warga Emas

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Masih Belum Terlambat Girl…” – Dek Terlalu Seksi, Sabronzo Teruk Dihambat Kecaman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Klip Pelakon Dan Anak Pendakwah Terkenal Bercium Tular Di Media Sosial

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Kesian, Sangap Teruk Dia Ni!” – Ajak Baby Shima ‘Main’, Lelaki Hantar Mesej Gangguan Seksual

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Masih Belum Terlambat Girl…” – Dek Terlalu Seksi, Sabronzo Teruk Dihambat Kecaman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Difitnah Lakukan Aktiviti ‘Swinger’, Emma Maembong Tak Melatah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Dapat Bunga Telur Unik Di Majlis Kahwin Tentera, Imran Ajmain Kongsi Cerita

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Pakai Bra Tak Tu?” – Azira Shafinaz Seakan-akan Berbogel, Pakai Baju Mencolok Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sangat Aib!” – Koleksi Foto Dan Video Seks Artis Popular Bocor, Papar Aksi Luar Biasa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keputusan Pemenang AJL Paling Kontroversi Sepanjang 35 Kali Pengajuran Di TV3

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Klip Pelakon Dan Anak Pendakwah Terkenal Bercium Tular Di Media Sosial

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

All Rights Reserved © 2024 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English

All Rights Reserved © 2024 KRU Media Sdn Bhd