Pelakon Scha Alyahya tampil menjelaskan salah faham mengenai dakwaan memakai anting-anting berbentuk salib.
Menerusi video tular di TikTok, Scha dilihat mengenakan anting-anting berwarna perak tersebut ketika hadir ke sidang media HeroDewi Remaja yang diadakan pada Selasa lalu.
Menyedari perkara tersebut menjadi perdebatan netizen, Scha atau Sharifah Nor Azean Syed Mahadzhir Al-Yahya, 40, menjelaskan anting-anting berbentuk X berkenaan adalah logo jenama antarabangsa Off White.
“Bukan salib tapi X logo Off White, sekian,” katanya ringkas.
Scha berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya. – BOOM!








![[VIDEO] Dapat Bunga Telur Unik Di Majlis Kahwin Tentera, Imran Ajmain Kongsi Cerita](https://kru-group.com/boomv3/wp-content/uploads/2022/09/C62E26CF-99E5-4EFC-88C4-701EA034FB71-350x250.jpeg)


