Bergelar penyanyi solo atau berkumpulan, peminat pastinya tidak lelah bertanyakan tentang karya baharu mereka termasuklah Bunkface.
Selain menyuntik nafas baharu ke dalam lagu Kita Punya Malaysia sempena sambutan bulan kemerdekaan pada Ogos lalu, Bunkface mendedahkan mereka bakal mengeluarkan album baharu.
“Cuma sekarang ini, keadaan baru saja nak pulih. Jadi kena tunggu masa yang betul-betul sesuai.
“Seboleh-bolehnya, kalau nak keluarkan single, kami mahu promosikan secara agresif,” jelas Bunkface yang dianggotai oleh Sam, Paan dan Yuk.
Malah mereka menambah, kerja mempromosi tanpa siri jelajah dan konsert sedikit sebanyak mengehadkan strategi pemasaran.
Sebelum ini, Bunkface pernah mengeluarkan single berjudul Tolong pada April tahun lalu, namun tidak mendapat sambutan.
“Mungkin disebabkan berlakunya pertindihan isu-isu semasa seperti politik, Covid-19 dan juga olimpik,” tambah Bunkface.