Boom! Malaysia
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Filem Tan-Ti-Ana Lain Daripada Yang Lain, Hantu Dia Special” – Atikah Suhaime Kongsi Pengalaman Seram

28/02/2024
BOOM!by BOOM!
in Film
“Filem Tan-Ti-Ana Lain Daripada Yang Lain, Hantu Dia Special” – Atikah Suhaime Kongsi Pengalaman Seram

Follow:

Facebook Twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Berlakon watak hantu pastinya memberikan cabaran besar pada pelakon untuk menjiwai karakter tersebut dengan baik.

Bagi pendukung watak utama filem terbaharu, Tan-Ti-Ana iaitu Atikah Suhaime menyifatkan lakonannya sebagai hantu dalam filem ini begitu mengujakan dirinya.

“Inilah masanya saya berasa sangat teruja dengan filem lakonan sendiri. Sebenarnya ini pertama kali Atikah menjadi hantu, selalu berlakon cerita hantu tapi tak pernah jadi hantu,” katanya ditemui selepas tayangan perdana filem Tan-Ti-Ana di Kuala Lumpur, malam tadi.

Menurutnya, dia juga pernah berasakan filem ini tidak akan ditayangkan memandangkan penggambaran sudah dilakukan sejak beberapa tahun lalu.

“Ini bukan filem pertama yang Atikah ‘shot’ dan tak tayang tapi bagi saya, alhamdulillah rezeki akhirnya dapat ditayangkan dan nasib baik ia ditayangkan, jika tidak rugi sebab filem ini memang ‘best’,” katanya.

Bercerita pengalaman di lokasi penggambaran, Atikah mengakui dia juga melalui pengalaman menyeramkan ketika penggambaran filem Tan-Ti-Ana.

Jelasnya, dia yang membawa watak sebagai Tan-Ti-Ana melalui dua peristiwa yang tidak boleh dilupakan membabitkan dirinya bersama-sama pelakon lain dan kru produksi.

“Ada soundman nampak Atikah kat situ, di salah satu bilik. Dia tengok macam tengah inspirasi, selepas itu apabila dia pandang Atikah semula, dia terkejut.

“Eh, Atikah kat sini? Ya, saya kat sini. Dia kata bukan ke tadi Atikah kat dalam bilik ke? Bila panggil nama Atikah tapi tak jawab, Atikah senyap je. Selepas peristiwa itu, Atikah menjadi seorang yang sangat penakut,” katanya.

Sambungnya, pengalaman misteri itu bukan hanya berlaku sekali tapi giliran Atikah pula melalui pengalaman menyeramkan.

“Cerita kedua pula ketika nak balik, ada dua jalan. Semua dah pesan pada Atikah, ambil laluan sehala. Atikah kata tak nak lalu jalan ini kerana bahaya.

“Pilih jalan lain, Atikah tengok okay je. Elok saja, jalan pun cantik dan besar serta tak gelap langsung. Selepas itu, suatu hari saya dan Amai habis penggambaran, kami balik sama-sama.

“Keesokkan harinya Amai bagitau jalan tersebut teruk, tiada lampu. Dia naik motosikal dan hanya berharap lampu kereta Atikah saja. Selepas itu dia kata kat tepi jalan nampak kubur lama,” katanya.

Akuinya, peristiwa kedua itu membuatkan pandangannya dikaburkan apabila dia melihat jalan raya tersebut kelihatan cantik dan sempurna.

“Selepas kejadian tersebut, Atikah tunggu semua habis penggambaran, baru balik sama-sama.

“Atikah harap sangat kepada semua peminat filem genre seram, filem Tan-Ti-Ana lain daripada yang lain, hantu dia special,” katanya.

Filem Tan-Ti-Ana yang merupakan terbitan Dream At Work Sdn Bhd dan NHF Productions juga menampilkan barisan pelakon berpengalaman dan popular antaranya Jay Iswazir, Joey Daud, Zalif Sidek, Baby Shima, Amai Kamarudin, Kazar Saisi dan Kamarool Yusoff. Tidak ketinggalan penampilan istimewa, Datuk Suhaimi (Amy Search) dan Datuk Rahim Razali.

Idea asal dan lakon layar filem ini oleh Datuk Muhammad Razlan Ismail merangkap produser filem ini.

Filem Tan-Ti-Ana yang diarahkan Rosdi Md Dali ini akan menemui penonton pada 29 Februari 2024.- BOOM!

Previous Post

Sukan Berkuda Rapatkan Hubungan Intan Najuwa Dan Suami

Next Post

Atikah Suhaime Kongsi Pengalaman Jadi Hantu | Intan, Suami Aktif Sukan Berkuda | Kemelut XPDC, Wujud Dua Kumpulan?

10 Pempengaruh Dunia Masakan

Undi Sekarang! 👇

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Hari Ini

  • Selepas Dua Bulan Bergelar Suami, Tak Lama Lagi Usop Bakal Jadi Bapa Pula

    Selepas Dua Bulan Bergelar Suami, Tak Lama Lagi Usop Bakal Jadi Bapa Pula

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Makin Melarat | Kantoi Dadah Lagi | Fazura Dikhianati Rakan | Kamal Adli Diserang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maklum Tahap Kesihatan Terkini Kamal Adli, Jelas Terpancar Wajah Gembira Uqasha Senrose

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Suami, Mak Long dan Pak Ngah Selaku Gantian Ernie Zakri Bawakan Boneka Di Pentas AJL?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Kau Ni Memang Babilah, Baik Kau Mati Je!” – Alamak, Siapa Maki Faha Azhar?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ini Ikhtiar Terbaik Saya” – Syafie Naswip Gadai Trofi Demi Dana

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Perkahwinan Selebriti 2024 Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ada Jodoh, Sekarang Juga Aku Kahwin” – Adam Sedia Nikah Kali Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Masa Untuk Top-Up Pahala” – Skuad Prihatin Siti Nordiana Bela Nasib Fakir

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dikatakan Juara, Mutalib Dedah Taktik Kotor Penganjur – “Nak Pilih Bakat Ke Favouritsm?”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Selepas Dua Bulan Bergelar Suami, Tak Lama Lagi Usop Bakal Jadi Bapa Pula

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Roslan Shah Tiba-Tiba Rebah Dari Kerusi Ketika Bersiaran Langsung Dalam Wanita Hari Ini

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • A Aida Tolak Hafidz | Syamsul Tak Nak Cerai | Pesanan Athira | Amy Benci Perkataan Janda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Baru Melamar, Pengarah Filem Bakal Jadikan Anak Dramatis Veteran Isteri Kedua

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Makin Melarat | Kantoi Dadah Lagi | Fazura Dikhianati Rakan | Kamal Adli Diserang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Rezeki Baby Kami” – Nubhan Realisasikan Impian Isteri, Buka Klinik Pergigian Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Terlalu Seksi, Kostum Leona Sempena Halloween Dikecam – “Tema Hantu Porn Star Ke?”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Terlalu Seksi, Kostum Leona Sempena Halloween Dikecam – “Tema Hantu Porn Star Ke?”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Cukup Lima Orang” – Isteri Nubhan Ahamad Lahirkan Anak Ketiga, Pecah Tradisi Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ini Saja Rezeki Saya” – Belum Masa Nadzim Adzham Ikut Jejak Abang Jadi Pelakon

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Kesian, Sangap Teruk Dia Ni!” – Ajak Baby Shima ‘Main’, Lelaki Hantar Mesej Gangguan Seksual

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sampai Hari Ini Saya Fobia” – Ieda Moin Terkena Sihir, Hubungan Dengan Suami Terjejas

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sangat Aib!” – Koleksi Foto Dan Video Seks Artis Popular Bocor, Papar Aksi Luar Biasa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Viners Malaysia Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Remaja Lelaki Paling Boom! Sepanjang 2021

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

All Rights Reserved © 2024 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English

All Rights Reserved © 2024 KRU Media Sdn Bhd