Walaupun Instagram miliknya bertalu-talu ‘diserang’ netizen, pelakon, Norman Hakim tetap mengambil pendirian mendiamkan diri tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kontroversi yang melanda anaknya, Marissa Dania Hakim, 18, yang didakwa mengganggu rumah tangga orang lain hingga bercerai.
Norman dilihat lebih selesa memuat naik hantaran zikir harian di Instagram Story untuk tatapan peminat dan netizen.
Sementara itu, Marissa menerusi Instagram, hari ini mengaku dia bersalah dalam perkara itu.
“Yes, Saya Bersalah And I Admit It” – Marissa Mohon Jaga Mulut, Jangan Sampai Jadi Fitnah
Bagaimanapun, dia mendakwa tidak semua cerita yang didedahkan wanita itu adalah tepat dan kenyataan yang diberikan bukan untuk memuaskan hati semua pihak. – BOOM!
Sumber: HARIAN METRO