Pelakon popular, Azhar Sulaiman memberi pandangan agar perbicaraan kes membabitkan pendakwah selebriti, PU Azman dikendalikan secara tertutup.
Dalam satu perkongsian di Instagram, Azhar berkata ia perlu dilakukan adalah demi menjaga nama baik agama Islam.
“Semalam Behar dah baca pasal Perbicaraan Hari Pertama Kes PU Azman ni… Pada pandangan Behar….
“Disebabkan kes ini sangat Juicy contentnya, maka adalah lebih baik kes ini dikendali secara tertutup… Demi Menjaga Nama Baik Agama Islam,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen pada posting berkenaan, rata-ratanya bersetuju dengan pandangan yang diberikan Azhar.
PU Azman dihadapkan kali pertama ke mahkamah pada 12 Oktober 2022 atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.
BACA: PU Azman Didakwa Lagi, Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Remaja Lelaki 17 Tahun
Kemudian dia didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja berusia 16 dan 17 tahun itu dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau di tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai, pada 6 Julai 2022. – BOOM!
Sumber: KOPIPLANET