Malam tadi empat pelakon popular, Sharnaaz Ahmad, Hannah Delisha, Aiman Hakim dan Zahirah McWilson mengumumkan meninggalkan syarikat pengurusan mereka Prodigy Syndrome Management.
Kesemua mereka, kecuali Shaarnaz Ahmad memuat naik nota pemberitahuan di laman sosial masing-masing sekitar 8 malam.
Menerusi nota tersebut mereka memaklumkan tidak lagi bersama syarikat pengurusan Prodigy dan meminta dihubungi secara terus jika mempunyai urusan berkaitan kerja.
Sementara Sharnaaz pula membuat hantaran video berkaitan perkara sama.
Bagaimanapun, keputusan drastik mereka meninggalkan syarikat tersebut secara serentak tidak dinyatakan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tertanya-tanya punca namun tiada jawapan diberikan oleh empat artis terlibat. – BOOM!