Nama Maula Muhammad Amin Al Idrisi yang mengakui dirinya selaku cicit keturunan Nabi Muhammad ternyata mencetuskan pelbagai reaksi.
Melihat di media sosial, ada pihak kesal dengan sikap segelintir manusia yang dianggap taksub, malah ada yang mengandaikan Maula sebagai gay.
“Manusia taksub. Gosh, he looks gay enough! Mudah la tertipu,” memetik kapsyen hantaran seorang individu.
Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Datuk Idris Ahmad menegaskan, rakyat tidak perlu selongkar dan bongkar latar belakang pendakwah terbabit kerana dikhuatiri mengundang kekeliruan. – BOOM!