Permainan video PUBG Mobile sememangnya cukup popular dalam kalangan peminat tempatan dan apa yang lebih menarik, tahun ini PUBG mencipta kelainan apabila berkolaborasi dengan filem terbaharu terbitan Marvel iaitu Spider-Man: No Way Home.
Terdahulu, PUBG berjaya menjalinkan kerjasama dengan pencipta lagu popular Alan Walker dan kumpulan penyanyi wanita nombor satu Korea Selatan, Blackpink pada tahun lalu.
Kerjasama tersebut merupakan strategi PUBG Mobile untuk mengekalkan populariti permainan video berkenaan dengan memberi pengalaman baharu kepada pemain setia mereka.
Adanya ramai pengikut daripada pelbagai peringkat umur, PUBG MOBILE merupakan antara permainan video yang mesra pelanggan kerana boleh dimainkan di telefon bimbit.
Acara ini juga diadakan selama tiga hari bermula pada 24 hingga 26 Disember dan terdapat pelbagai acara menarik seperti persembahan Flash Mob dan kemunculan watak adiwira Spider-Man.
Apa yang lebih istimewa buat peminat PUBG MOBILE berpeluang untuk bertemu watak-watak kegemaran dalam PUBG secara langsung bertempat di Sunway Pyramid, Selangor bermula pukul 5.00 petang hingga 10.00 malam.
Sebagai tanda penghargaan kepada peminat dan sempena sambutan Krismas, PUBG Mobile bakal memberi Airdrop kepada peminat untuk memenangi sebanyak 100,000 UC dan juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.
Pemenang bertuah akan diumumkan menerusi laman rasmi PUBG MOBILE pada Januari 2022 akan datang. – BOOM!