Penyanyi dan pelakon, Farisha Iris Asmadi, 22, menyatakan bahawa dia masih muda untuk bawakan lagu bergenre balada terutama bertemakan cinta.
Tambahan pula, menurut peserta Big Stage 2020 itu, dia tidak banyak pengalaman bercinta, sekali gus berasa sukar untuk menghayati dan menjiwai lagu jiwang.
“Sebelum ini peminat pernah bertanya bila nak keluarkan lagu jiwang sebab setelah mendengar saya menyanyi di pentas Big Stage, mereka sangat menyukainya,” ujarnya kepada Boom!
Pelantun lagu Tak Malu berkenaan memberitahu, pada asalnya cita-cita dia bukanlah untuk menjadi penyanyi tetapi ingin bergelar seorang pendidik.
Sementara itu, mengulas tentang single terbaharunya berjudul Hello, Farisha berkata, karya tersebut mengisahkan tentang wanita yang menunggu jejaka disukai untuk meluahkan perasaan kepadanya.
Justeru, selebriti remaja itu menyatakan, karya tersebut mudah untuk dibawa dan diselami.
Selain bergelar penyanyi, dia juga merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda, Perhubungan Awam di UiTM, Shah Alam. – BOOM!