Ameera Khan, selebriti media sosial dan adik kepada usahawan terkenal Noor Neelofa, sekali lagi menjadi perhatian selepas kelihatan mesra bersama aktor popular Indonesia, Jefri Nichol.
Menerusi perkongsian Instagram baru-baru ini, Ameera atau nama penuhnya Nur Ameera Abdul Halim Khan berkongsi aktivitinya sepanjang berada di Jakarta, termasuk masa yang diluangkan bersama Jefri. Namun, yang mencetuskan spekulasi ramai ialah apabila kedengaran Ameera memanggil Jefri dengan panggilan mesra “sayang” ketika pelakon itu sedang menjalani sesi fotografi.
“Ni botol ubat teman lelaki saya. Botol ni kosong. Saya suka simpan benda macam ni sebab nampak comel,” ujar Ameera dalam video tersebut sambil menunjukkan barangan yang dibawanya pulang ke Malaysia.
Walaupun tidak menyebut nama siapa gerangan kekasih yang dimaksudkan, ramai yang yakin lelaki tersebut adalah Jefri Nichol.
Di ruangan komen, netizen mula membanjiri hantaran Ameera dengan pelbagai spekulasi, termasuk kemungkinan kedua-dua selebriti ini sedang menjalin hubungan istimewa. Namun, ada juga yang berpendapat momen ini mungkin sekadar konten semata-mata.
Setakat ini, baik Ameera mahupun Jefri belum memberi sebarang kenyataan rasmi mengenai khabar angin tersebut. Adakah mereka hanya rakan rapat atau sebenarnya sedang bercinta? – BOOM!