Boom! Malaysia
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Gergasi Sudah Kembali! Konsert Mega GENKRU Bakal Gegar Axiata Arena

16/12/2024
BOOM!by BOOM!
in Concert, Exclusive
Gergasi Sudah Kembali! Konsert Mega GENKRU Bakal Gegar Axiata Arena

Follow:

Facebook Twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Legenda muzik tanah air, KRU, bakal kembali menggegarkan pentas selepas lebih tiga dekad menjadi ikon yang tidak pernah dilupakan. Dengan deretan karya dan anugerah yang mencorakkan industri muzik tempatan, trio adik-beradik ini akan tampil dalam KONSERT GENKRU yang dijadualkan berlangsung pada 3 Mei 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Konsert ini merupakan inisiatif ICON ENTERTAINMENT, dengan Iman Tang bertindak sebagai penganjur. Menurut Iman, persetujuan untuk merealisasikan konsert ini adalah hasil perbincangan selama dua tahun sejak November 2022.

“Adalah menjadi penghormatan buat kami mempersembahkan Konsert GenKRU kerana kredibiliti dan legasi KRU yang telah membentuk gelombang muzik cukup berpengaruh sejak tahun 90-an. Dengan pengalaman serta dedikasi mereka, kami mahu mencipta sebuah persembahan di luar jangka yang akan dikenang oleh semua peminat,” ujar Iman Tang ketika sidang media yang diadakan pada hari ini.

Dato’ Norman Abdul Halim menjelaskan bahawa KRU hanya memilih penganjur yang benar-benar serius dan memahami legasi mereka.

“Ramai promoter sekadar tahu lancarkan tiket, tempah tempat, dan sediakan pentas. Tapi semangat untuk bawa yang terbaik susah nak jumpa. ICON ENTERTAINMENT ada kreativiti dan kesungguhan yang tepat. Kami pun nak jaga nama dan legasi KRU,” kata Norman.

Sekitar lima promoter pernah mendekati mereka, namun kepercayaan diberikan kepada ICON ENTERTAINMENT. Bagi Norman, latar belakang kreatif Iman menjadi salah satu faktor utama.

“Iman sangat menjaga kualiti dan nama baiknya. Ini memberi keyakinan kepada kami untuk berikan yang terbaik kepada penonton,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Edry Abdul Halim menyatakan bahawa konsert ini diharap menjadi memori yang akan dikenang peminat dalam tempoh panjang.

“Kami bukan hanya cipta muzik, tetapi cipta pengalaman. Saya mahu peminat berbicara tentang konsert ini pada 10 atau 20 tahun akan datang,” katanya.

Bagi memastikan persembahan epik, KRU kini sedang giat membuat persiapan dari aspek latihan fizikal dan kecergasan, selain memperkemas kualiti muzik mereka.

“Kami sentiasa bereksperimen dengan perkara baharu dan kali ini tidak akan berbeza. KRU yakin konsert ini akan mencatat sejarah tersendiri,” kata Norman lagi.

KONSERT GENKRU bakal menampilkan himpunan lagu hits KRU yang pernah mencetus fenomena dan pastinya menjadi peluang keemasan buat peminat untuk menikmati persembahan trio ini di pentas besar.

Untuk peminat KRU yang tidak mahu terlepas, tiket boleh dibeli di laman web (http://www.ticket2u.com.my).

Jadi, ‘ke tepi, ke tepi… gergasi sudah kembali!’ Pastikan anda berada di sana menyaksikan detik bersejarah hiburan paling epik di Malaysia! – BOOM!

Previous Post

Megan Fox Hamil 6 Bulan, Brian Austin Kecam MGK Didakwa Curang

Next Post

Netizen Teruja Lihat Aksi Anggun Zahnita Wilson Di Depan Kamera

10 Pempengaruh Dunia Masakan

Undi Sekarang! 👇

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Hari Ini

  • “Hancur Hati..” – Uyaina Arshad Risau Hantar Anak Ke Pusat Asuhan

    “Hancur Hati..” – Uyaina Arshad Risau Hantar Anak Ke Pusat Asuhan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Hati Saya Tersentuh” – AC Terharu Pertama Kali Bergandingan Dengan Anaknya, Damien

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktor, Aktres Kantoi Bercium Di Malam Merdeka…Dekat Kelab Malam Pula Tu, Berani Ya!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Rasa Kelakar…” – Berani Lakon Babak Panas Dengan Zul Ariffin, Siti Hariesa Tak Menyesal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penyanyi Lelaki BBNU 2023 Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Bukan Sebab Dendam” – Kritikan Damian Mikhail Tidak Bersifat Peribadi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ‘Check-in’ Hotel Sama-sama, Jazmy Juma Dan Sanjna Suri Curangi Teman Masing-masing?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Masih Belum Terlambat Girl…” – Dek Terlalu Seksi, Sabronzo Teruk Dihambat Kecaman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Payahlah Tunjuk Badan” – Jazmy Juma Seru Rakan Seangkatan Jaga Maruah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Pesanan Buat Pemimpin Melayu Islam” – Tanpa Kopratasa, Siso Perkenalkan Alif

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zarina Anjoulie Malas Layan Fathia Latiff, Sedang Bahagia Bersama Tunang

    Zarina Anjoulie Malas Layan Fathia Latiff, Sedang Bahagia Bersama Tunang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jangan Bersikap Tunjuk Siapa Lebih Hebat – Erra Fazira

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ‘Check-in’ Hotel Sama-sama, Jazmy Juma Dan Sanjna Suri Curangi Teman Masing-masing?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Pakai Bra Tak Tu?” – Azira Shafinaz Seakan-akan Berbogel, Pakai Baju Mencolok Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Next Top Bilal, Siapakah Pelaung Azan Yang Dicari Stesen Radio Zayan?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Bayaran Tak Masuk Akal” – Berasa Kecewa, Matz Burhan Fokus Bisnes Jual Air Quanta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Terlalu Seksi, Kostum Leona Sempena Halloween Dikecam – “Tema Hantu Porn Star Ke?”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nama Tiada Dalam Istiadat, Suami Eina Azman Dan Fouziah Gous Juga Didakwa ‘Datuk Scam’?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zarina Anjoulie Malas Layan Fathia Latiff, Sedang Bahagia Bersama Tunang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jangan Bersikap Tunjuk Siapa Lebih Hebat – Erra Fazira

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Pakai Bra Tak Tu?” – Azira Shafinaz Seakan-akan Berbogel, Pakai Baju Mencolok Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ingat Senang Ke Nak Buat Seks?” – Jasmine Suraya Alami Kesukaran Beraksi Di Ranjang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Qanda Buat ‘Come Back’, Gigih Berusaha Walau Tiada Permintaan” – Edaman Othman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Masih Belum Terlambat Girl…” – Dek Terlalu Seksi, Sabronzo Teruk Dihambat Kecaman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Remaja Lelaki Paling Boom! Sepanjang 2021

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Terlalu Seksi, Kostum Leona Sempena Halloween Dikecam – “Tema Hantu Porn Star Ke?”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

All Rights Reserved © 2024 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English

All Rights Reserved © 2024 KRU Media Sdn Bhd