Nama Yoo Yeon-seok kembali menjadi perbualan hangat peminat K-Drama global menerusi lakonannya sebagai Baek Sa-eon dalam drama ‘When The Phone Rings’, yang kini bersiaran di MBC dan Netflix.
Membawakan watak dingin sebagai penasihat presiden Korea yang menyimpan rahsia besar mengenai isterinya, Yoo Yeon-seok membuktikan kehebatannya dalam menyampaikan emosi kompleks.
20241209 TheQoo post https://t.co/0hs9ANJVt2
“I’m truly impressed by #YooYeonSeok.
His suit fit is a given. But I can’t believe he’s this good at acting. His facial expressions acting is truly impressive. I can clearly see all the complex emotions.”#WhenthePhoneRings pic.twitter.com/7TgIPcMAi5— YeoNiverse ~ Yoo Yeon Seok IFC (@Yeonseok411_IFC) December 10, 2024
“Sudah tentu, penampilannya dalam sut memang hebat. Tapi ekspresi wajahnya betul-betul luar biasa. Semua emosi yang rumit dapat dilihat dengan jelas,” puji seorang peminat.
Selepas mencuri perhatian menerusi Reply 1988, Yoo Yeon-seok terus menyerlah sebagai salah seorang pelakon hebat Korea. Penonton kini terpukau dengan kemampuannya menyampaikan pelbagai lapisan emosi, menjadikan wataknya sebagai Baek Sa-eon lebih hidup dan berkesan.
‘When The Phone Rings’ sekali lagi mengukuhkan reputasi Yoo Yeon-seok sebagai bintang K-Drama yang serba boleh dan mampu memikat hati peminat dengan persembahan luar biasa. – BOOM!