Pelawak Shuk Sahar dan isterinya, Fara Salleh, kini berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah bersama, selepas kemelut rumah tangga mereka menjadi tumpuan hangat di media sosial sejak minggu lalu.
Selepas kontroversi tersebut, Fara dilihat memuat naik foto pasport yang tertera nama mereka berdua di Instagram Story, memberi bayangan bahawa hubungan mereka kini berada dalam keadaan yang lebih baik.
Terbaharu, Shuk, yang nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohammed Sahar, berkongsi foto mereka berdua di hadapan Kaabah, menunaikan umrah bersama.
Dalam kapsyen ringkas, pelawak berusia 38 tahun itu meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk menunaikan ibadah umrah sekali lagi.
Terdahulu, Fara menarik perhatian ramai apabila memuat naik beberapa hantaran yang menunjukkan rumah tangga mereka didakwa sedang berhadapan dengan krisis.
Malah, Fara turut meminta Shuk untuk menceraikannya, mendakwa sudah tidak mampu menahan perilaku buruk suaminya yang dikatakan memburukkan dirinya kepada rakan-rakan rapat.
Namun, Shuk segera menafikan dakwaan tersebut melalui satu hantaran di IG Story, meminta orang ramai untuk menilai situasi dengan bijak.
BACA: Shuk Sahar Nafi Burukkan Isteri Pada Teman Rapat
Tindakan mereka ini dilihat sebagai satu langkah positif dalam memperbaiki hubungan suami isteri yang sebelum ini didakwa sedang berdepan masalah.
Semoga ibadah umrah yang mereka lakukan dapat menjadi asbab untuk menjernihkan kembali hubungan suami isteri. – BOOM!