Boom! Malaysia
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

22 Mac Dinantikan Sazali P Ramlee

22/03/2024
BOOM!by BOOM!
in Extra
22 Mac Dinantikan Sazali P Ramlee

Follow:

Facebook Twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Anak kepada Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee iaitu Sazali mengakui 22 Mac menjadi antara tarikh yang sering dinanti kerana berpeluang melihat sambutan Hari Seniman Negara yang diadakan bersempena hari kelahiran bapanya.

Sazali, 65, berkata tiada yang lebih menggembirakan hati selain dapat melihat sambutan yang diadakan bagi mengenang jasa bapanya sebagai tokoh legenda seni negara biarpun sudah lebih 51 tahun meninggal dunia.

Sazali P Ramlee tak akan berhenti berharap - MYKMU.NET

Katanya, Hari Seniman Negara memberi makna kepada sambutan hari jadi arwah bapa yang digelar ‘Daddy’ yang sepatutnya berusia 95 tahun jika masih hidup.

“Saya hendak ucap terima kasih kepada orang ramai yang masih ingat dan mengenang jasa arwah Daddy. Sudah tentu sebagai anak, saya rasa gembira setiap kali tiba tarikh ini.

“Jadi, sebagai anak juga, saya nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang memperingatinya. Saya pun tak mampu hendak balas jasa mereka dengan keadaan saya yang susah dan tidak sihat ini.

“Tiada apa yang boleh diucapkan selain terima kasih kerana masih ingat jasa arwah bapa. Saya berharap orang ramai dapat terus berdoa untuk arwah bapa,” katanya.

hrozit Puno panenka sazali p ramlee Horolezec počítač Archeolog

Pada 2022, Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu, Tan Sri Annuar Musa mengambil keputusan mengubah tarikh Hari Seniman Negara daripada 29 Mei kepada 22 Mac bagi memperingati kelahiran P Ramlee.

Annuar dilaporkan berkata, signifikan perubahan tarikh sambutan Hari Seniman Negara adalah untuk memperingati jasa dan sumbangan P Ramlee terhadap industri kreatif negara ini.

Katanya, karya P Ramlee bukan sahaja berjaya melahirkan lebih ramai tokoh dan pakar industri kreatif, malah, memperkenalkan Malaysia pada mata dunia.

Allahyarham P Ramlee atau nama sebenar, Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh dilahirkan di Georgetown, Pulau Pinang pada 22 Mac 1929 ketika umat Islam meraikan 1 Syawal.

P Ramlee, Jembatan Malaysia dan Indonesia

Allahyarham P Ramlee berlakon dalam 66 filem dengan 35 judul di bawah arahannya dan mencipta 250 lagu.

Mengulas mengenai rayuan agar tempoh bayaran royalti ke atas karya Allahyarham P Ramlee bagi daripada tempoh 50 tahun kepada 70 tahun dilanjutkan, Sazali berkata, beliau masih menunggu jawapan rasmi biarpun tidak meletakkan sebarang harapan tinggi.

“Kalau diikutkan royalti sudah tamat pada 29 Mei tahun lalu iaitu bersamaan dengan tarikh pemergiannya. Setakat ini, saya masih belum diberitahu sama ada bakal disambung atau tidak.

“Jadi, saya pun tak tahu bagaimana kesudahannya sebab kalau diikutkan memang sudah tamat tahun lalu selepas genap 50 tahun pemergian arwah. Sekarang ini saya memang sudah tidak dapat apa-apa bayaran royalti itu.

“Setakat ini, masih tak ada apa-apa dimaklumkan oleh badan berwajib mengenai perkara ini. Saya juga tak boleh buat apa-apa sebab undang-undang sudah ditetapkan seperti itu.

“Kalau royalti disambung, saya gembira, tetapi saya tidak berharap. Saya bersyukur kalau dapat sebab orang lain juga akan gembira.

“Saya tidak berharap untuk dapat kembali, tapi kalau ada rezeki saya bersyukur,” katanya.

A man ahead of his time'

Sepanjang 50 tahun pemergian Allahyarham P Ramlee, royalti daripada karya Seniman Agung itu diagihkan kepada waris, iaitu isterinya, Allahyarham Puan Sri Saloma sehingga Biduanita Negara itu meninggal dunia pada 25 April 1983. Keputusan itu dibuat mengikut Akta Hak Cipta 1987.

Royalti kemudian diagihkan kepada anak mereka, Allahyarham Nasir P Ramlee yang sepakat membahagikan perolehan diterima kepada beberapa waris lain.

Apabila Nasir meninggal dunia pada 23 November 2008, kontrak royalti yang diuruskan Badan Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) diteruskan kepada waris lain termasuk Sazali. – BOOM!

Sumber: BERITA HARIAN

Previous Post

Sarah Suhairi Berdoa Jumpa Lelaki Impian

Next Post

“Saya Lembut Hati Dan Mudah Memaafkan Tetapi Untuk Bersua Muka Insya-Allah Tidak” – Adira Suhaimi

10 Pempengaruh Dunia Masakan

Undi Sekarang! 👇

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Hari Ini

  • “Ini Saja Rezeki Saya” – Belum Masa Nadzim Adzham Ikut Jejak Abang Jadi Pelakon

    “Ini Saja Rezeki Saya” – Belum Masa Nadzim Adzham Ikut Jejak Abang Jadi Pelakon

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ibarat Mimpi Jadi Nyata” – Haziq Hussni Dan Ain Edruce Pengacara Bersama Melodi TV3

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Viners Malaysia Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PA Shuib Pertikai Kenyataan Jep – “Kenapa Burukkan Sahabat, Tak Cerita Hal Sebenar?”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Wah, Ini Ke Teman Lelaki Baharu Dia?” – Foto Sally Bersama Jejaka Kacukan Cetus Spekulasi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 YouTuber Malaysia Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Naem Tolak Watak Hero | Status Agama Aiman | Ramalan Lofa | SOG & Shila Menang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ini Ikhtiar Terbaik Saya” – Syafie Naswip Gadai Trofi Demi Dana

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ada Jodoh, Sekarang Juga Aku Kahwin” – Adam Sedia Nikah Kali Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ini Saja Rezeki Saya” – Belum Masa Nadzim Adzham Ikut Jejak Abang Jadi Pelakon

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sampai Hari Ini Saya Fobia” – Ieda Moin Terkena Sihir, Hubungan Dengan Suami Terjejas

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Terlalu Seksi, Kostum Leona Sempena Halloween Dikecam – “Tema Hantu Porn Star Ke?”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Pakai Bra Tak Tu?” – Azira Shafinaz Seakan-akan Berbogel, Pakai Baju Mencolok Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Viners Malaysia Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wanita Dakwa Rakan Sekerja Kesurupan Selepas Tonton Filem KKN Di Desa Penari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keputusan Pemenang AJL Paling Kontroversi Sepanjang 35 Kali Pengajuran Di TV3

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Kesian, Sangap Teruk Dia Ni!” – Ajak Baby Shima ‘Main’, Lelaki Hantar Mesej Gangguan Seksual

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Apa Untungnya Aku Nak Tipu?” – Dituduh Sewa Lamborghini, Aeril Zafrel Bersuara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Terlalu Seksi, Kostum Leona Sempena Halloween Dikecam – “Tema Hantu Porn Star Ke?”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Kesian, Sangap Teruk Dia Ni!” – Ajak Baby Shima ‘Main’, Lelaki Hantar Mesej Gangguan Seksual

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktor, Aktres Kantoi Bercium Di Malam Merdeka…Dekat Kelab Malam Pula Tu, Berani Ya!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Pakai Bra Tak Tu?” – Azira Shafinaz Seakan-akan Berbogel, Pakai Baju Mencolok Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ini Saja Rezeki Saya” – Belum Masa Nadzim Adzham Ikut Jejak Abang Jadi Pelakon

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Saman Sebab Lucah | Aman Jaga Maruah | Tangisan Aziq Mukhriz | Come Back Qanda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keputusan Pemenang AJL Paling Kontroversi Sepanjang 35 Kali Pengajuran Di TV3

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sampai Hari Ini Saya Fobia” – Ieda Moin Terkena Sihir, Hubungan Dengan Suami Terjejas

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

All Rights Reserved © 2024 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English

All Rights Reserved © 2024 KRU Media Sdn Bhd