Selebriti versatil, Alif Satar meluahkan rasa terharu dengan sokongan yang diberikan orang ramai terhadap program Geng Subuh Macam Jumaat yang dianjurnya.
Difahamkan, hampir 3,000 jemaah berkumpul di Masjid Saidina Umar Bukit Damansara untuk solat subuh berjemaah dan kuliah subuh.
Selepas itu, program diteruskan dengan larian Fun Run sejauh 5km yang diketuai oleh penyanyi itu sendiri.
Kata Alif, umat Islam pasti akan menang jika jemaah berpusu-pusu ke masjid untuk solat jemaah seperti semalam.
Pempengaruh, Ryzal Ibrahim dilihat turut memeriahkan masjid dan menyahut seruan solat subuh berjemaah Alif Satar.
Terdahulu, Alif Satar mengajak para pengikut media sosialnya untuk solat subuh secara berjemaah di masjid.
Alif yang mempunyai lebih 3 juta followers di Instagram mahu masjid meriah dengan para jemaah pada waktu subuh seperti mana solat Jumaat. – BOOM!
Sumber: OH! MEDIA