Boom! Malaysia
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Kontrak Bersama Syarikat Rakaman Ditamatkan, Kaka Azraff Tuntut Penjelasan

07/12/2023
BOOM!by BOOM!
in Extra
Kontrak Bersama Syarikat Rakaman Ditamatkan, Kaka Azraff Tuntut Penjelasan

Follow:

Facebook Twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Penyanyi Kaka Azraff menuntut syarikat rakaman Warner Music Malaysia memberi penjelasan berhubung penamatan kontraknya secara tiba-tiba tanpa sebarang alasan munasabah.

Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 34, berkata notis yang diterima sebelum ini tidak menyatakan sebarang alasan label terbabit menamatkan perjanjian mereka pada 31 Disember ini.

“Saya sudah terima (surat), tetapi alasan kenapa tindakan itu dibuat langsung tidak dinyatakan, itu buat saya terkilan.

“Tiada perancangan untuk ambil tindakan undang-undang, kalau boleh mahu minta secara rasmi beritahu sebab saya diberhentikan.

“Saya harap ada kenyataan rasmi daripada pihak berkenaan, itu lebih baik,” katanya ketika ditemui pada sidang media khas bersama peguamnya Tetuan Amelda Fuad Abu & Aidil, di sini malam tadi (Rabu).

Menurut Kaka lagi, sebagai antara penyanyi paling lama bernaung di bawah label berkenaan, sepatutnya pihak terbabit mempunyai pertimbangan wajar dengan memperincikan alasan mereka.

“Sebagai salah seorang artis rakaman dan antara yang paling lama di Warner Music Malaysia, saya percaya, paling kurang saya seharusnya diberikan sebab rasmi mengapa pengurusan label ini memutuskan untuk menamatkan kontrak kami.

“Saya tidaklah terkilan apabila kontrak ditamatkan kerana percaya rezeki Allah itu luas, tapi kecewa ditamatkan sedemikian rupa dan secara mengejut tanpa ada ruang perbincangan, walaupun tempoh notis diberikan adalah selama 30 hari,” katanya.

Kontrak ditamatkan: 'Saya anggap ini jihad kecil' - Kaka Azraff - Sinar Harian

Ditanya sama ada pernah bersemuka dengan pihak syarikat rakaman tersebut, Kaka berkata pertemuan berlaku pada 30 November lalu namun mereka hanya memintanya menandatangani surat penamatan kontrak.

“Kami ada berjumpa tapi bukan berbincang. Saya pun tidak tandatangani surat berkenaan sebab perlu perhalusi terma bersama peguam memandangkan mereka menegaskan tindakan saya bersuara tentang Palestin bercanggah dengan polisi global,” katanya.

Mengulas tindakan tersebut, penyanyi berusia 34 tahun itu berkata, dia hanya membalas hantaran menerusi mesej langsung (DM) kepada pelakon Australia, Nathaniel Buzzolic, sekali gus menolak dakwaan kononnya menyebarkan ucapan kebencian (hate speech).

“Saya bukan antisemitik dan tidak bersifat perkauman seperti yang diuar-uarkan pihak tersebut. Saya hanya meluahkan pendapat peribadi terus kepada individu itu, bukan memberikan komen secara terbuka.

“Saya akui, mungkin pilihan kata-kata saya agak keras, tetapi itu menggambarkan kemarahan saya pada waktu itu (bahkan sehingga kini pun), menyaksikan ketidakadilan dan kekejaman yang berlaku di hadapan mata seisi dunia pada waktu ini.

“Mungkin, saya seharusnya memilih kata-kata yang lebih sopan, saya tidak nafikan hal itu. Tapi saya sudah katakan dan saya tidak ingin memandang ke belakang,” ujarnya.

Sementara itu, peguam mewakili Kaka iaitu Aidil Khalid berkata, ketidakadilan secara terang-terangan berlaku apabila kontrak hanya memberikan keuntungan kepada pihak label, malah Warner Music Malaysia turut meletakkan klausa baharu.

“Kita buka ruang untuk berbincang dengan Warner Music Malaysia sebab lepas penamatan kontrak ada kesan terhadap Kaka. Kalau perbincangan itu berjalan dengan baik, kami boleh selesaikan dengan baik.

“Kalau sukar mendapatkan persetujuan maka kemungkinan akan ada pemfailan kes di mahkamah tapi masih terlalu awal untuk bercakap soal itu,” katanya.

Singer Kaka Azraff reiterates pro-Palestine stand, wants explanation of contract termination by Warner Music Malaysia | Malay Mail

Tambah Aidil, perjanjian rakaman antara Kaka Azraff dan Warner Music Malaysia sepatutnya masih berbaki beberapa tahun lagi, dengan pilihan untuk diperbaharui dan dilanjutkan dari semasa ke semasa, seperti mana kontrak-kontrak sebelum ini, di kedua-dua pihak sejak dari 2018 lagi.

“Bagaimanapun, pada 1 Disember iaitu pada hari Jumaat yang lalu, Kaka diserahkan satu Notis Penamatan oleh pihak pengurusan Warner Music Malaysia.

“Seperti yang dapat diteliti, Notis Penamatan berkenaan hanya memaklumkan bahawa perkara itu akan berkuatkuasa pada 31 Disember 2023 (iaitu tempoh notis selama 30 hari), tetapi tidak menyatakan sebab-sebab mengapa ia ditamatkan.

“Namun demikian, di pihak peguam, memandangkan seperti yang dinyatakan tadi, tiada sebarang sebab munasabah yang diberikan pengurusan label terbabit dalam Notis Penamatan tersebut. Maka kami meminta syarikat rakaman itu untuk memperjelaskan perkara ini, adakah benar penamatan ini disebabkan DM Kaka yang bersimpati dan bersolidariti dengan rakyat Palestin serta menempelak Israel?

“Sekiranya tidak benar, maka sila nafikan dan berikan sebab mengapa penamatan kontrak Kaka Azraf diputuskan sedemikian,” katanya.

Terdahulu, kontrak Kaka bersama Warner Music Malaysia didakwa ditamatkan gara-gara kelantangannya mengecam tindakan tidak berperikemanusian dilakukan Israel terhadap Palestin.

Kemelut Kaka bersama syarikat pengurusan kontrak rakamannya itu tercetus selepas dia meninggalkan komen mengecam perkongsian Buzolic dalam Instagram Story.

Tindakannya meraih perhatian pempengaruh popular tersebut yang kemudian memuat naik semula tangkap layar butiran mesejnya.

“Kerana Israel adalah orang yang memulakan (perang). Israel mencuri tanah mereka dan kini bertindak seperti mereka mangsa?” tulisnya.

Gara-gara kenyataan tersebut, bukan hanya pensohor terbabit, sebuah laman sosial bawah nama Jew Hate Database turut menyenaraikan nama Kaka sebagai antisemitik.

Difahamkan, kontrak antara penyanyi terbabit dengan Warner Music Malaysia ditamatkan walaupun sepatutnya berakhir pada April tahun depan. – BOOM!

Sumber: KOSMO ONLINE

Previous Post

Jovian, Nina Bercerai Sejak Ogos | Lan Solo, Sheila Dan Syura Jelaskan Perkara Sebenar | Michael B. Jordan Terlibat Kemalangan

Next Post

DJ Lin ‘Lari’ Dari Hospital Demi Kerja

10 Pempengaruh Dunia Masakan

Undi Sekarang! 👇

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Hari Ini

  • [VIDEO] “Sampai Sini Saja Rezeki Kami Untuk Cahaya Mata Pertama” – Isteri Safwan Nazri Gugur

    [VIDEO] “Sampai Sini Saja Rezeki Kami Untuk Cahaya Mata Pertama” – Isteri Safwan Nazri Gugur

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Didakwa Suka Tayang Jub*r, Qistina Mahu Aqish Cerita Hal Sebenar – “Kalau Tak Nak Tak Apa…”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dikecam Gara-gara Gelang Ajaib, Gantung CD Di Leher, AC Mizal Tak Pernah Putus Asa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pernah Jadi Ustazah, Ezlynn Mahu Ajak Peminat Berselawat Dan Berzikir

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mathni Razak Enggan Cipta Kontroversi, Berlakon Adegan Panas Untuk Popular

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qistina Raisah Kena Buang Sekolah | Jisoo Flower Laris Di China | Afdlin Shauki Artis Pertama Pegang Jawatan DBKL

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Siapa Yang Nak Bekerja Percuma?” – Hatta Harap Isu Bayaran Model KLFW Dapat Diselesaikan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Konflik Dengan Castello, Sedekad Kelibat Diwan Nawi Hilang Dari Radar Industri Lakon

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Depa Baik… Senang Nak Menangis” – Kepetahan Aiman Badrul Curi Tumpuan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Perkahwinan Selebriti 2024 Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • “Kalau Lawan Pun Saya Kalah” – Nishman Tiada Niat Tunjuk Taring

    “Kalau Lawan Pun Saya Kalah” – Nishman Tiada Niat Tunjuk Taring

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kisah Sebenar Perjalanan Forceparkbois, Kereta Jadi Metafora Dalam Single Topboi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pengikut Terkejut Ning Baizura Kongsi Gambar Bogel Di FB Story – “Itu Bukan Saya Punya!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Masih Belum Terlambat Girl…” – Dek Terlalu Seksi, Sabronzo Teruk Dihambat Kecaman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Qanda Buat ‘Come Back’, Gigih Berusaha Walau Tiada Permintaan” – Edaman Othman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Berat Saya Naik Hingga 70 KG” – Demi Watak Zafran, Fizikal Talha Harith Berubah 360 Darjah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Konflik Dengan Castello, Sedekad Kelibat Diwan Nawi Hilang Dari Radar Industri Lakon

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disangka Mahu Kuruskan Badan, Ziana Zain Buat Pembedahan Bariatrik Untuk Rawat Ulu Hati

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Saiful Kini Dikenali Sebagai Saifulina, Bekas Peserta Malaysian Idol Cetus Kontroversi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ingat Senang Ke Nak Buat Seks?” – Jasmine Suraya Alami Kesukaran Beraksi Di Ranjang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Kalau Lawan Pun Saya Kalah” – Nishman Tiada Niat Tunjuk Taring

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Qanda Buat ‘Come Back’, Gigih Berusaha Walau Tiada Permintaan” – Edaman Othman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ingat Senang Ke Nak Buat Seks?” – Jasmine Suraya Alami Kesukaran Beraksi Di Ranjang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Itu Bukan Saya!” – Ramai Yang Keliru Antara Personaliti Siti Khadijah Dengan Siti Hariesa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Pakai Bra Tak Tu?” – Azira Shafinaz Seakan-akan Berbogel, Pakai Baju Mencolok Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Terlalu Seksi, Kostum Leona Sempena Halloween Dikecam – “Tema Hantu Porn Star Ke?”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Penyanyi Rock Lelaki Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Mahu Diberikan Lebih Perhatian” – Rintih Arill Fesol Kepada Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pengikut Terkejut Ning Baizura Kongsi Gambar Bogel Di FB Story – “Itu Bukan Saya Punya!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

All Rights Reserved © 2024 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English

All Rights Reserved © 2024 KRU Media Sdn Bhd