Boom! Malaysia
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Mak Jah Menangis Terima Sumbangan Perdana Menteri

30/11/2023
Sharifah Zarifahby Sharifah Zarifah
in Extra
Mak Jah Menangis Terima Sumbangan Perdana Menteri

Follow:

Facebook Twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Pelakon Mak Jah tidak menyangka kisahnya sedang berdepan kesukaran hidup akibat masala kesihatan mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terkejut menerima kunjungan wakil pemimpin negara itu, Mak Jah atau Maimunah Ahmad, 74, memberitahu dia tidak dapat menahan air mata tatkala rumahnya dihadiri tetamu pada pagi Rabu.

Syukur atas kunjungan dan sumbangan yang diberikan, Mak Jah spontan melakukan sujud syukur selepas pihak berkenaan pulang daripada lawatan itu.

“Saya tak sangka PM tahu tentang kisah saya. Malah saya pun tidak kenal sesiapa di Pejabat Perdana Menteri jadi memang terkejut apabila mereka datang.

“Melihat rumah dipenuhi orang, saya mengalirkan air mata. Selepas mereka pulang, saya terus sujud syukur dan bermohon pada Tuhan agar jalan rezeki in dipermudahkan,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum itu, Anwar melalui satu perkongsian di laman Facebook memaklumkan tentang kunjungan tersebut yang diwakili oleh Setiausaha Politik, Ahmad Farhan Fauzi.

Dalam kunjungan tersebut, wakil perdana menteri turut menyerahkan sumbangan beriumlah RM10,000 selain sempat bertanya khabar tentang aktres veteran itu.

Memanfaatkan sumbang tersebut secara baik, Mak Jah berpesan kepada cucunya lagar wang berkenaan digunakan untuk tujuan perubatan sekiranya berlaku kecemasan di masa akan datang.

Dalam masa sama, Mak Jah juga sempat menyuarakan hasrat agar diberi bantuan kediaman baharu memandangkan rumahnya kini yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur terlalu sempit kerana dihuni oleh tujuh orang.

“Sempat juga saya luahkan hasrat untuk dapatkan bantuan rumah sewa baharu,

“Selepas dapat duit tersebut, saya pesan kepada cucu untuk simpan di bank. Duit itu hanya akan digunakan untuk perubatan sava.

“Mereka datang berbual dan bertanya khabar. Sempat juga saya luahkan hasrat untuk dapatkan bantuan rumah sewa baharu.

“Dalam rumah sekarang ini ada tujuh orang semuanya. Jika ada rumah baru dapatlah saya berpindah. Apabila cucu-cucu sudah besar nanti bole saya kembali ke rumah ini semula,” ujarnya.

Berkongsi keadaan terkini kesihatannya, Mak Jah berkata dia baru sahaja menerima rawatan di hospital minggu lalu disebabkan sakit pada bahagian lutut
yang semakin parah.

Sementara itu, berkongsi tentang kerjaya seni pula, pelakon veteran ini terpaksa menolak tawaran yang datang disebabkan kesukaran untuk bergerak.

“Saya masih lagi ambil insulin untuk diabetes tetapi sakit lutut saya ini makin teruk. Baru sahaja ke klinik dan saya perlu jalani rawatan sebanyak tiga kali
selepas berjumpa doktor.

“Tawaran berlakon mash ada cuma saya terpaksa tolak tapi baru-baru ini saya dipanggil berlakon dengan produksi Zeel Productions hanya untuk tiga babak.

“Saya terima sebab mereka kata tidak perlu bergerak. Saya hanya duduk di atas kerusi untuk babak air mata. Sementara ada rezeki saya terima sahaja, jelasnya.

Sebelum ini menerusi program Star Baek, Star bersama penaja Noir Health & Beauty mengadakan kunjungan ke kediaman Mak Jah bag menghulurkan sumbangan dan bertanya khabar terkini.

Kata Mak Jah, dia terlalu rindu untuk kembali ke set penggambaran namun tahap kesihatan kurang baik menyukarkan dirinya kembali berlakon. – BOOM!

Sumber: MSTAR

Previous Post

BCL Bakal Kahwin Tak Lama Lagi, Ibu Mentua Restu…

Next Post

Klinik Keluarkan Kenyataan Rasmi, Netizen Mula Buat Andaian – “Jadi Memang Sahih Lah Kan Laporan Tu?”

10 Pempengaruh Dunia Masakan

Undi Sekarang! 👇

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Hari Ini

  • Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penginapan Artis Filem 3 Hajat Di TTS Staycation Chalet, Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Kami Terlepas Pandang” – Isu Berpakaian Seksi, Dolla Akan Lebih Berhati-hati

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MIG Menang, Hun Haqeem Langgar Kontrak | Emma Tak Melatah Difitnah | Mawar Rashid Fasa Baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Remaja Lelaki Paling Boom! Sepanjang 2021

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Eyka Farhana Belum Sedia Ubah Penampilan Selepas Umrah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Difitnah Lakukan Aktiviti ‘Swinger’, Emma Maembong Tak Melatah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Layan Sebagai Anak Sendiri” – Vicha Barbie Cerewet Pilih Calon Suami, Bukan Sembarangan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Kalau Itu Sebabnya…” – Hazra Dollah Teruskan Legasi Pak Ngah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Perkahwinan Selebriti 2024 Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Difitnah Lakukan Aktiviti ‘Swinger’, Emma Maembong Tak Melatah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Kak KM Pakai Seksi Aku Tak Peduli, Tapi Dia Punya Hargai Mak Dia Tu Memang Aku Jeles!” – Kak KM Dipuji Warganet

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Makin Melarat | Kantoi Dadah Lagi | Fazura Dikhianati Rakan | Kamal Adli Diserang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ingat Senang Ke Nak Buat Seks?” – Jasmine Suraya Alami Kesukaran Beraksi Di Ranjang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Radja, Ella Bakal Sepentas! Tak Sabar Tunggu Konsert November Nanti! – “Rindu Peminat Malaysia…”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Pakai Bra Tak Tu?” – Azira Shafinaz Seakan-akan Berbogel, Pakai Baju Mencolok Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pija Bercerai | Dua Isteri Iman Diceraikan | Teka-Teki Anak Aizat | Wany Dah Nak Kahwin

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rizky Febian, Mahalini Raharja Saling Beri Sokongan – “Kebetulan Sama-sama Lapang”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    Artis Porno Playboy Pertama Malaysia, Puiyi Umum Tukar Kerjaya, Mahu Jadi DJ Muzik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Kenalkan, Ini Datuk Fairus” – Sheeda Pilih Usahawan Muda Jadi Pasangan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Pakai Bra Tak Tu?” – Azira Shafinaz Seakan-akan Berbogel, Pakai Baju Mencolok Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Masih Belum Terlambat Girl…” – Dek Terlalu Seksi, Sabronzo Teruk Dihambat Kecaman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Difitnah Lakukan Aktiviti ‘Swinger’, Emma Maembong Tak Melatah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Terlalu Seksi, Kostum Leona Sempena Halloween Dikecam – “Tema Hantu Porn Star Ke?”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keputusan Pemenang AJL Paling Kontroversi Sepanjang 35 Kali Pengajuran Di TV3

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Makin Melarat | Kantoi Dadah Lagi | Fazura Dikhianati Rakan | Kamal Adli Diserang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Radja, Ella Bakal Sepentas! Tak Sabar Tunggu Konsert November Nanti! – “Rindu Peminat Malaysia…”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

All Rights Reserved © 2024 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
  • English

All Rights Reserved © 2024 KRU Media Sdn Bhd