Dukacita dimaklumkan bahawa Konsert Dato Shake Zepp KL yang dijadualkan berlangsung pada 16 Disember di Zepp Kuala Lumpur telah ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Pihak penganjur dan Dato’ Shake memohon maaf di atas penundaan ini terutama buat pembeli tiket konsert ini.
“Konsert ini ditunda dan bukan batal. Ia bakal pindah ke tarikh lain apabila situasi menjadi lebih baik untuk menyambut and meraih persembahan Dato Shake! Kami memohon maaf kepada para peminat.”
Untuk makluman bayaran balik (refund), pembeli tiket boleh menghubungi talian Ticketcharge +603-92228811. – BOOM!