Selepas hubungan mereka terlerai beberapa bulan lalu, buat pertama kalinya Mimi Lana dan Syafiq Kyle kelihatan bersama.
Sejak semalam, mula tular video dan foto Mimi dan Syafiq makan bersama di sebuah gerai.
Selain dipuji ‘sempoi’ kerana makan digerai walaupun popular, netizen turut gembira melihat mereka kembali berbaik.
Ada juga yang meluahkan rasa gembira dan teruja serta mendoakan agar Mimi dan Kyle berkahwin.
“Get back ke? Kahwin la cepat…”, komen seorang pengguna laman TikTok.
“Semoga dipermudahkan segala urusan Shafik Kyle dgn Mimi Lana, amin…Semoga diaorang sampai jinjang pelamin,” komen seorang lagi.
Selain itu ada juga pengguna laman sosial tersebut menafikan Mimi dan Syafiq memutuskan tali pertunangan walaupun tidak meneruskan perkahwinan mereka.
“Diorang tak putus kot maybe, aku suka tengok dia berdua, cuma dia tak jadi kahwin je kan,” kata seorang netizen.
“I knew they never broke up pun,” tulis yang lain pula.
Baru-baru ini Syafiq mengakui sudah menyelesaikan isu membatalkan perkahwinan dengan aktres Mimi Lana secara baik di antara keluarga kedua-dua belah pihak.
BACA: [V] Syafiq Kyle Enggan Ulas Hubungan Dengan Mimi Lana – “Terima Kasih Semua Yang Ambil Berat”
Mimi dan Syafiq sepatutnya disatukan sebagai suami isteri pada 18 Ogos lalu dalam sebuah majlis pernikahan yang dirancang berlangsung di Janda Baik, Pahang.
Bagaimanapun jemputan majlis itu mendapat kiriman emel memaklumkan majlis itu dibatalkan pada 11 Ogos lalu. – BOOM!