Usahawan sensasi, Datuk Seri Alif Syukri berang apabila menerima rakaman video Azwan Ali sedang membakar fotonya.
Kemarahan semakin memuncak apabila Azwan menerusi rakaman tersebut menyebut nama Alif untuk disihir.
Berkongsi rakaman tersebut di Instagram, Alif berkata Azwan semakin keterlaluan kerana perbuatan dilakukan tidak kelakar.
Beliau juga memberi amaran kepada Azwan yang terus menerus membuat provokasi terhadapnya supaya menunggu tindakan daripada peguam.
“This is too much, Azwan banyak saya bersabar. Kawan saya berikan video ini sebagai bukti.
“This is not funny b*tch. Tunggu lawyer saya bertindak,” kata Alif.
Di akhir hantarannya, bapa kepada lima orang anak itu turut menegaskan dakwaan Azwan terhadapnya sebelum ini merupakan fitnah semata-mata. – BOOM!