Bintang Family Duo 3, Ryan dan Adam Bakery dipuji juri apabila kedua-dua mereka menunjukkan persembahan yang semakin baik saban minggu.
Ryan dan Adam pada Ahad lalu telah menerima 9 bintang daripada Ajai yang berpuas hati dengan persembahan ditunjukkan dua beradik itu.
Menurut Ajai selaku juri tetap Famili Duo 3, persembahan yang diberikan oleh Ryan dan Adam semakin meningkat dari minggu ke minggu.
“Semakin pintar menggunakan stage! Bila korus, part unison (serentak) dan pandai membahagikan octave (selang antara muzik) itu satu pembelajaran yang saya rasa cepat. Cuma ada satu perkara yang kena kemas kini kerana ini adalah persembahan ‘live’.
“Bila kita dalam program ‘live’ dan pertandingan, Ryan perlu bersikap rileks dan yakin sebab kesilapan-kesilapan kecil ini boleh ganggu konsentrasi di atas stage.
“Apa yang penting, setiap pembetulan yang kamu buat itu adalah cepat, dan itu yang kita mahukan daripada kamu iaitu prestasi yang meningkat dari minggu ke minggu,” kata Ajai.
Selain Ajai, Mas Idayu turut berpuas hati dengan persembahan mereka terutama dari segi vokal.
“Progres awak besar juga tau untuk minggu ini dari minggu yang sebelum ini. Yang mummy lebih nampak adalah dari segi vokal banyak peningkatan.
“Kalau boleh mummy nak tekankan artikulasi kena jelas, konfiden perlu ada, dan nyanyian awak agak terjaga dari sebelum ini. Vokal Ryan dan Adam minggu ini balance (seimbang). Dua-dua bagus dan tidak mengecewakan mummy untuk minggu ini,” puji Mas Idayu.
Daripada seorang influencer yang tidak tahu menyanyi, kini menjadi penyanyi, cukup menunjukkan Ryan dan Adam Bakery gigih dan berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam program realiti Famili Duo 3 ini.
Setiap kritikan, komen dan teguran yang diterima daripada sekeliling terutamanya juri tetap iaitu Ajai dan Mas Idayu (Mummy) tidak langsung mengecewakan mereka, namun diambil sebagai pengajaran dan membantunya untuk memberikan persembahan dan vokal yang terbaik.
Bagaimana pula dengan persembahan minggu kelima yang membawa konsep ‘Idola / Lagenda’?
Adakah mereka bersedia? Lagu apakah yang akan dibawakan mengikut kesesuaian vokal mereka? Nantikan kejutan demi kejutan daripada semua peserta hebat Famili Duo 3 ini nanti. – BOOM!