Model terkenal Bella Hadid telah dipecat oleh syarikat kosmetik antarabangsa iaitu Dior daripada menjadi dutanya gara-gara kelantangan personaliti tersebut mengutuk kekejaman rejim zionis di Instagram.
Syarikat berkenaan turut bertindak mengantikan Bella dengan model dari negara Israel iaitu May Tager kerana kurang senang melihat hantarannya di media sosial yang menyokong Palestin.
Tinjauan di Instagram Bella mendapati, ramai netizen dari Malaysia memberikan kata-kata semangat dan menyokong model cantik tersebut.
Rata-rata mereka mempertahan Bella dengan mengatakan dia melalukan perkara yang betul dan berharap agar tidak ‘kalah’ dengan tekanan diberikan sekutu atau penyokong Israel.
Bella atau Isabella Khair Hadid, turut dipuji netizen kerana memilih untuk tidak memberikan sebarang komen lanjut mengenai pemecatannya.
Sebelum ini Bella mendedahkan dia menerima mesej ugutan dan nombor telefon peribadinya juga telah tersebar dan mengakibatkan dia sering diganggu malah kehidupan keluarganya juga turut terancam saat ini.
“Saya menerima ratusan ugutan bunuh setiap hari, nombor telefon saya juga dibocorkan, dan keluarga saya juga rasa dalam bahaya. Tapi saya tidak boleh diam lagi. ketakutan bukanlah suatu pilihan.
“Rakyat dan anak-anak Palestin, khususnya di Gaza, tidak boleh membiarkan kami diam, kami tidak berani jadi mereka berani,” tulis Bella. – BOOM!