Personaliti sensasi Azwan Ali kesal dengan tindakan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri yang telah menarik rambutnya dalam satu pertemuan di pentas sebuah acara yang berlangsung di Singapura.
Menganggap perbuatan tersebut keterlaluan, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA berkata dia akan mengambil tindakan saman malu terhadap Aliff sebanyak RM100 juta.
Terdahulu, tular video memaparkan Aliff menarik rambut dan mengheret pengacara itu di atas pentas sehingga Diva AA jatuh terduduk.
“Dah pun tular mengenai saya akan saman malu Datuk Seri Aliff Syukri sebanyak RM100 juta. No joke (tiada gurauan).
“Lantaklah semua orang ingat berlakon atau apa. Saya tetap akan saman sebab dah tular video dia tarik rambut saya,” ujarnya menerusi sebuah video dalam aplikasi X.
Dalam video tersebut, Diva AA berkata Aliff telah memalukan dirinya kerana berlaku di hadapan khalayak ramai.
“Dia tarik all out (bersungguh-sungguh) dan memang sakit. Saya akan dakwa di mahkamah sebab dia buat macam nak balas dendam.
“Dia bagi alasan ini rambut palsu. Kau buta ke? Mustahil tak nampak rambut ini original. Dia tarik memang sakit, siap seret saya lagi. Nampak macam ada penganiayaan,” ujarnya sambil menitiskan air mata. – BOOM!