Penampilan penyanyi Aizat Amdan atau Ai.Z ketika muncul membuat persembahan di Konsert Yunaverse feat Ai.Z di Kuala Lumpur semalam, mencuri tumpuan netizen.
Fesyen Aizat itu telah disamakan dengan penyanyi Inggeris, Sam Smith, apatah lagi dia turut mengenakan pengilat kuku.
Pada konsert tersebut juga, Aizat mengenakan baju ala blaus berona biru yang digayakan dengan seluar pendek paras lutu rona perak.
Lebih menarik perhatian adalah bahagian pinggang yang dilihat umpama tali pinggang atlet gusti, juga berwarna perak di bahagian lehernya, Aizat dengan berani mengenakan aksesori pelbagai rantai.
“Wow, lain macam! Sam Smith order Shopee ke ni?,” komen seorang pengguna laman sosial.
“Nak promosikan ‘girdle’ baharu atau bagaimana?” tulis seorang lagi.
“Kenapa Aizat Amdan jadi begini? Apa yang berlaku?” soal yang lain pula.
Bagaimanapun ada juga netizen yang lebih positif apabila menganggap Aizat sedang bereksperimen dan lari daripada kebiasaan.
“Sesekali bertukar imej apa salahnya. Aizat pun mahukan kelainan,” kata seorang warganet, postitif. – BOOM!