Penyanyi Syada Amzah mendakwa dia dan ahli keluarganya bakal kehilangan tempat tinggal tidak lama lagi.
Syada menerusi hantaran di Instagram Story berkata, dia terkejut apabila beberapa individu tidak dikenali tiba-tiba berada di hadapan kediaman mereka.
Dakwa Syada, individu tidak dikenali tersebut mahu melihat ke dalam rumah, sedangkan mereka tidak pernah meletakkan sebarang notis untuk menjual kediaman berkenaan.
Kecewa dengan situasi berkenaan, Syada berasakan dirinya umpama haiwan jalanan yang menumpang.
Dalam hantaran lain, adik kepada Shila Amzah ini turut memohon bantuan kepada pengikutnya sekiranya memiliki info berkaitan rumah sewa.
Kata Syada, dia dan ibu termasuk ahli keluarga yang lain memerlukan tempat untuk berteduh.
Bagaimanapun, dalam kedua-dua hantaran terbabit Syada tidak menyatakan siapa yang menghalau atau memintanya keluar daripada rumah yang didiami sekarang. – BOOM!