Penyanyi dan pelakon, Fareez Fauzi berkongsi berita gembira bergelar bapa apabila isterinya, Nurwathiqah Abdul Wahab selamat melahirkan bayi sulung mereka pada 26 Oktober lalu.
Fareez atau Muhammad Fareez Hazwan Mohd Fauzi, 24, menerusi akaun media sosialnya pada Isnin berkata, ucapan terima kasih kepada seluruh anggota keluarga yang telah banyak berkongsi tip.
“Mereka terlalu banyak membantu. Dari awal kehamilan hinggalah ke saat isteri melahirkan anak.
“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan putera sulung yang diberi nama Farrel.
“Thank you to my family, banyak membantu. Tak lupa, kawan-kawan serta semua yg mendoakan baik-baik untuk keluarga saya,” tulisnya pada bahagian kapsyen.
Bayi lelaki comel itu merupakan cucu kedua kepada aktor Fauzi Nawawi, 48, yang juga bapa Fareez.
Fareez yang merupakan juara program Mentor Milenia 2016 mendirikan rumah tangga dengan Nurwathiqah, 24, pada 20 Disember tahun lalu. – BOOM!