Pelakon Anzalna Nasir pada Sabtu lalu dikejarkan ke sebuah hospital swasta selepas terjatuh di bilik mandi.
Anzalna berkata, dia baru selesai menjalani prosedur Pengimejan Resonan Magnet (MRI) bagi mengenal pasti sebarang kecederaan serius yang berlaku di bahagian leher.
“Sabtu lalu saya terjatuh di bilik mandi dan mengalami kecederaan di bahagian leher.
“Mujur ada keluarga di rumah selepas itu terus membawa saya ke hospital.
“Saya masih menunggu keputusan MRI dan berharap tiada perkara serius berlaku,” jelasnya.
Anzalna mencetuskan tanda tanya selepas memuat naik video menaiki kerusi roda di Instagramnya baru-baru ini.
“Doakan saya cepat sembuh. Saya berterima kasih kepada yang prihatin dan bertanya khabar,” katanya. – BOOM!
Sumber: UTUSAN ONLINE