Penyanyi Noh Salleh selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Fatin Athira Mustapa pada pagi Sabtu.
Noh atau Mohammad Noh Salleh, 38, berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram miliknya dengan memuat naik foto bersama isteri.
Menerusi hantaran tersebut, Noh turut menanda tempat majlis berlangsung dengan meletakkan Tanjung Malim, Perak pada foto yang dikongsi.
Noh dan Fatin Athira manis dalam persalinan serba putih. Selain itu, Noh turut berkongsi semula beberapa ucapan tahniah di Instastory.
Noh dan Fatin melangsngkan pertunangan pada 7 Mei lalu.
Walaupun tidak pernah berkongsi mengenai hubungannya bersama Fatin, Nih baru-baru ini dalam sebuah acara memperkenalkan tunangnya itu kepada umum.
Untuk rekod, Noh sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Mizz Nina pada 2 Julai 2011 namun mengumumkan perceraian pada Ogos tahun lalu.
Mereka tidak dikurniakan cahaya mata namun memiliki seorang anak angkat yang diberi nama Musa. – BOOM!