Usahawan selebrit terkenal, Neelofa meluahkan rasa bimbang selepas mendapat tahu, pra-sekolah yang dirancang untuk menempatkan anak sulungnya, Bilal, tidak membenarkan ibu bapa mengakses video daripada kamera litar tertutup (CCTV).
Neelofa menerusi hantaran Instagram Story pada mulanya meluahkan rasa teruja apabila seorang rakan memberitahu pengurusan sekolah (tadika) anaknya, membenarkan ibu bapa melihat CCTV.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata Bilal bakal memulakan sesi persekolahan pada minggu hadapan.
Namun apa yang menjadi kebimbangan usahawan berusia 34 tahun ini adalah dia tidak dapat memantau aktiviti anak lelakinya itu ketika berada di tadika.
Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dengan pendakwah bebas, PU Riz dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 2 dan Abdullah Abbas yang baru berusia 2 bulan. – BOOM!