Baru-baru ini penyanyi Shila Amzah mengumumkan akan meninggalkan media sosial buat sementara waktu.
Shila menerusi perkongsian di Instagram (IG) Story berkata, media sosial sudah menjadi ‘toxic’ buat dirinya dan mengambil keputusan untuk menjauhkan diri buat seketika.
Difahamkan, hantaran tersebut dimuatnaik Shila selepas dikecam gara-gara baju yang digayakannya ketika membuat persembahan di konsert Hausboom Music 2023, pada Ahad lalu.
Pada konsert tersebut, Shila mengenakan kemeja berwarna merah jambu longgar yang dipadankan dengan t-shirt yang mengikut bentuk badan dibahagian dalam.
Bagaimanapun, baju kemeja yang tidak dibutang menyebabkan t-shirt dibahagian dalam terdedah dan menjadi sasaran warganet mengecam Shila sehingga melakukan ‘body shaming’. – BOOM!