Pelakon dan pelawak era 80an Mek Habsah atau Habshah Bakar meninggal dunia pada pukul 2.45 pagi Isnin, pada usia 67 tahun.
Allahyarham dilaporkan menghidap penyakit paru-paru dan menghembuskan nafas terakhir di Institut Perubatan Respiratori, Kuala Lumpur.
Perkara tersebut dikongsi oleh cucu Allahyarham, Huraimi Hilman, 26, yang memaklumkan pelakon itu sudah menerima rawatan di pusat berkenaan sejak 12 Julai lalu.
“Arwah nenek dah menerima rawatan sejak dua bulan lalu dan sudah lama bergantung kepada tabung oksigen.
“Keadaan paru-parunya semakin lemah sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.
Difahamkan, Allhyarham meninggal dunia di sisi suami.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur selepas solat Zohor. – BOOM!