Selepas beberapa ketika membiarkan wargamaya berspekulasi mengenai dirinya, Marissa Dania Hakim akhirnya bersuara.
Menerusi beberapa hantaran di Instagram anak kedua kepada Norman Hakim dan Abby Abadi itu telah menjelaskan beberapa perkara berkaitan berita tular beberapa hari lalu.
Kata Marissa apa yang berlaku tiada kaitan dengan ibu bapanya yang telah membesarkan dia dengan baik.
Justeru Marissa memohon agar, jangan sesekali melibatkan kedua orang tuanya dan meminta warganet menjaga kata-kata supaya tidak menjadi fitnah
Tambah Marissa dia dan pihak yang memviralkan tentang dirinya sudah tidak ada kaitan dan pada masa sama mengakui telah melakukan kesilapan.
Bagaimanapun kata Marissa lagi dia tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan untuk membela dirinya.
Dalam pada itu Marissa turut menafikan dakwaan kononnya dia dan Aslam meraikan penceraian Umisya seperti yang dihebohkan di media sosial oleh Misya.
Tegas Marissa, ia salah satu dakwaan tidak benar yang dikeluarkan.
Bagaimanapun kata Marissa lagi setiap orang mempunyai pandangan berbeza dalam sesetengah perkara tetapi memiliki hak untuk bersuara, sama seperti dirinya.
Terdahulu gempar di media sosial apabila seorang wanita mendakwa rumah tangganya diganggu Marissa.
Wanita yang dikenali sebagai Misya itu turut menyatakan beberapa bukti rakaman suara, video dan gambar melibatkan Marissa dan suaminya Aslam. – BOOM!