Pelawak Achey, tidak menyangka ramai yang menawarkan diri untuk membantunya membungkus Tiara Candy sebaik sahaja dia mengumumkan ingin mencari pekerja part-time.
Kata Achey, sebaik sahaja membuat hantaran tersebut pada Selasa lalu, ramai menghubunginya termasuk yang mahu membuat kerja tersebut secara sukarela.
Dalam pada itu, Achey meluahkan rasa syukur apabila jualan yang diusahakan anak perempuannya Nur Tiara Zinnirah mendapat sambutan menggalakkan daripada pembeli.
“Saya tak sangka perniagaan yang pada mulanya dijalankan secara suka-suka mendapat sambutan luar biasa.
“Sehingga saya dan isteri tidak menang tangan untuk membungkus Tiara Candy dan terpaksa mencari pembantu, sebab itu saya uar-uarkan di Instagram tempoh hari.
“Rezeki Tiara, ramai yang mesej nak bekerja dengan saya malah, ada yang kata sanggup tidak dibayar semata-mata ingin berjumpa Tiara,” katanya.
Menurut Achey, setakat ini hampir 18,000 pek gula-gula sudah terjual.
Pada 23 Ogos lalu, Achey terkejut perniagaan makanan ringan yang dijalankan Tiara menerima sokongan luar biasa daripada netizen.
BACA: [V] “Rezeki Tiara” – Achey Sebak ‘Bisnes’ Candy Tiara Laris, 3,000 Pek Terjual Dalam Masa 2 Jam
Biarpun tidak mendapat keuntungan besar, Achey bersyukur apabila mereka berjaya menjual sebanyak 3,000 pek gula-gula dan menerima ‘gift’ daripada pengikut di TikTok. – BOOM!