Pelakon Wardina Safiyyah berkongsi berita gembira mengenai anak sulungnya, Amna Nafeesa yang melangsungkan pernikahan baru-baru ini.
Wardina berkongsi mengenai perkhabaran tersebut menerusi laman sosial Instagram (IG)nya.
Dipercayai, majlis yang diadakan secara sederhana tetapi meriah itu telah berlangsung di Australia.
“Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Seperti yang anda semua tahu, saya menghargai kehidupan peribadi saya dan suka menyimpan sesuatu untuk diri saya sendiri.
“Walau bagaimanapun, saya ingin berkongsi berita baik dan memohon semua doa anda untuk Amna dan anak (menantu) Yusuf yang tersayang.
“Semoga Allah merahmati penyatuan mereka dan melindungi mereka. Saya benar-benar bersyukur kepada Allah dan segala kurniaanNya. Semuanya benar-benar dari Allah semata-mata,” ujarnya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat dan rakan-rakan artis mengucapkan tahniah kepada pelakon yang sudah meninggalkan dunia lakonan itu.
Malah, menerusi ruangan komen juga ada segelintir yang tidak percaya dan menyangka apabila pelakon itu sudah menerima seorang menantu.
Wardina turut membuat hantaran di ruangan Insta Story. – BOOM!