Pelakon dan penyanyi Diana Danielle memilih untuk mengulas panjang mengenai dakwaan dia mengubah hidung.
Perubahan pada wajah Diana itu disedari wargamaya ketika dia hadir ke prosiding kes hadanah dua anaknya di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin lalu.
Menjawab tuduhan tersebut, Diana memberitahu sebagai seorang wanita dia sendiri ada berasa kurang keyakinan tentang diri dan bentuk fizikalnya.
Enggan mengulas secara terperinci mengenai perkara itu, Diana sebaliknya hanya memberitahu ada melakukan bagi mengatasi masalah itu.
“Saya sendiri ada rasa kurang yakin fasal diri sendiri atau tentang fizikal. Normal jika orang bercakap tentangnya.
“Saya atasi masalah itu namun tidak perlu untuk saya jelaskan secara terperinci,” katanya.
Diana ditemui ketika majlis santai bersama media sempena pelancaran lagu baharunya berjudul Bersama Dengan Rindu yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Jumaat.
Mengulas mengenai single terbaharunya, Diana memberitahu karya ciptaan Ezra Kong ini tiada kaitan dengan isu rumah tangga bersama Farid sebelum ini.
“Lagu ini tentang patah hati, kehilangan dan rasa rindu. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa,” jelasnya.
Untuk rekod Diana dan Farid atau Farid Kamil Zahri, 42, sah berceria talak satu pada 10 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Mereka mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora berusia 8 tahun. – BOOM!
Sumber: MSTAR ONLINE